Now Reading
Polis Rampas Dadah Bernilai RM86,390 & Tahan Dua Individu Lelaki

Polis Rampas Dadah Bernilai RM86,390 & Tahan Dua Individu Lelaki

Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua tangkapan didapati positif dadah jenis tetrahidrokanabinol dan ketamin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 2 September lalu, pihak polis telah menahan dua individu tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ketika serbuan di Sungai Dua dan Butterworth, George Town, Pulau Pinang.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata polis turut merampas 14 bungkusan heroin seberat 6,300 gram bernilai RM84,000 dan dua bungkusan ganja seberat 47.80 gram bernilai RM2,390.

Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak Jun lepas untuk pasaran tempatan dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 31,500 penagih. Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua tangkapan didapati positif dadah jenis tetrahidrokanabinol dan ketamin manakala semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua tangkapan mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad.

Kedua-dua suspek berumur 25 dan 26 tahun itu telah ditahan reman selama enam hari sehingga 8 September 2022.

Tindakan kes diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan polis menyita dua buah kenderaan dan barang kemas bernilai RM49,750.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd