Now Reading
Wanita Ditetak & Ditikam Dengan Pisau Gara-gara Minta Putus Hubungan

Wanita Ditetak & Ditikam Dengan Pisau Gara-gara Minta Putus Hubungan

Mangsa dilaporkan luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam di bahagian rusuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang wanita berusia 32 tahun terpaksa menghadapi satu kejadian ngeri apabila dirinya telah menjadi mangsa di mana dia ditikam dan ditetak oleh teman lelakinya sendiri.

Perkara tersebut terjadi apabila teman lelakinya, yang juga seorang pemandu e-hailing telah bertindak di luar kawalan setelah wanita berkenaan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta mereka.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak menjelaskan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari (31 Ogos) di sebuah unit pangsapuri sekitar Masai, Pasir Gudang, Johor.

Pihak polis mendapat maklumat daripada pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan yang mendengar jeritan mangsa.

Bertindak atas makluman, pihak polis berjaya menahan suspek di lokasi sama, lebih kurang jam 1 petang hari yang sama. Pengawal keselamatan (pengadu) itu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan dan semasa membuat pemeriksaan di rumah mangsa, pengadu mendapati suspek memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak.

Suspek Tetak Beberapa Bahagian Badan & Menikam Mangsa

Menurut kenyataan pihak berkuasa, “Suspek berusia 30 tahun, bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.

“Mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam di bahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.”

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati bahawa suspek telah bertindak di luar kawalan kerana marah terhadap wanita berkenaan yang enggan meneruskan hubungan.

Pihak polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan oleh suspek dan pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati dia memiliki satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

Suspek bakal direman enam hari bermula 1 September hingga Selasa depan (6 September) dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd