Now Reading
JIPS Siasat Anggota Polis Buat ‘Live’ TikTok Ketika Bertugas

JIPS Siasat Anggota Polis Buat ‘Live’ TikTok Ketika Bertugas

Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) akan disiasat selepas didakwa membuat ‘live’ di TikTok ketika melakukan serbuan di pusat hiburan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti kita sedia maklum, setiap tugas melibatkan badan beruniform adalah satu urusan rasmi yang perlu dilakukan dengan mematuhi prosedur ditetapkan bagi menjaga nama baik dan integriti.

Namun, ada juga sesetengah individu yang tidak mengambil berat tentang perkara tersebut kerana perkara ini bukanlah pertama kali berlaku.

BACA JUGA: Guru Dikecam Netizen Kerana Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Mengajar

Buat ‘live’ di TikTok ketika serbuan

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh pengguna Twitter (Tsgxy_) apabila seorang anggota polis wanita didakwa melakukan ‘live’ di TikTok ketika sedang melaksanakan serbuan di sebuah pusat hiburan.

Dalam video tersebut, dia dilihat memperkenalkan beberapa orang individu di dalam pasukannya dan sempat mengajak penonton untuk mengikutinya di TikTok bagi menaikkan jumlah pengikut.

Ketika ‘live’ itu dibuat, hampir dua ribu orang penonton menyertai siaran langsung berkenaan.

Netizen risau makin ramai tak jaga integriti

Selepas tular video tersebut, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan tindakan anggota polis berkenaan yang dilihat seolah-olah tiada integriti dalam menjalankan tugas.

Kini disiasat oleh JIPS

Anggota polis wanita itu akan disiasat oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) bagi mendapatkan kenyataan berhubung tindakannya membuat ‘live’ di TikTok ketika sedang bertugas.

Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain untuk mengetahui tujuan sebenar anggota polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu bertindak sedemikian.

Razarudin memaklumkan JIPS tidak akan bertoleransi dengan mana-mana anggota dan bakal mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja merakam video dengan tujuan untuk meraih pengikut di media sosial

Larangan itu bertujuan untuk mengelakkan persepsi negatif yang boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kalangan masyarakat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd