Now Reading
Ramadan: Solat Sunat Terawih Dibenarkan Di Masjid & Surau Tahun Ini

Ramadan: Solat Sunat Terawih Dibenarkan Di Masjid & Surau Tahun Ini

SOP yang lebih longgar untuk menunaikan solat sunat terawih akan diumumkan kelak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memberi jaminan bahawa solat sunat Tarawih dibenar untuk dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada Ramadan tahun ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan Solat Terawih akan dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak.

Memetik laporan, setakat ini SOP berkenaan masih belum diputuskan. Namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa meskipun situasi Covid-19 dalam negara masih mencatatkan angka melepasi 20,000 kes baru sehari ketika ini.

SOP nanti akan dilonggarkan, bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan buat panduan Tarawih dari situ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Idris berkata, SOP yang dikeluarkan oleh pihak KKM akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.

Insya-Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya penularan Covid-19 tidak serius. Jika semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd