Warga Emas & Penerima Sinovac Dewasa Bertukar Status “Tidak Lengkap Vaksinasi” Jika Tak Ambil Dos Penggalak
Golongan ini akan hilang status lengkap vaksinasi di dalam mySejahtera jika tidak mengambil dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Jangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan kepada 11,034 kes sehingga menjadikan jumlah kumulatif 2,925,254 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web CovidNow.
Drp 11,034 kes harian dilaporkan pada hari ini;
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 7, 2022
•58 kes (0.53%) adalah kategori 3, 4 & 5
•10,976 kes (99.47%) kategori 1 dan 2.
Kategori 1 : 2,819 kes (25.55%)
Kategori 2 : 8,157 kes (73.92%)
Kategori 3 : 43 kes (0.39%)
Kategori 4 : 11 kes (0.10%)
Kategori 5 : 4 kes (0.04%) pic.twitter.com/3aq5mRnUd6
Walaupun jumlahnya semakin meningkat, tetapi masih ada harapan bahawa keadaan Covid-19 di negara kita mungkin tidak seteruk pada tahun lepas.
Ini kerana kebanyakan kes kali ini hanya dalam berada dalam kategori 1 dan 2 disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi di Malaysia.
Kes Covid-19 di Malaysia mencapai lima angka pada 6 Februari 2022. Kali terakhir kes lima angka dicapai pada 2 Oktober 2021. Apakah perbezaan status Covid-19 negara antara dua tarikh tersebut? #InfografikMS cuba memberi gambaran ringkas: pic.twitter.com/d3LKnV0uWM
— Media Selangor (@Media_Selangor) February 7, 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika sidang media turut menggesa orang ramai untuk segera mengambil dos penggalak, lebih-lebih lagi kepada warga emas dan juga golongan dewasa yang mempunyai vaksin primer Sinovac.
Ini kerana dua golongan ini akan hilang status lengkap vaksinasi di dalam mySejahtera jika tidak mengambil dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.
Insentif untuk majikan
Oleh disebabkan kes semakin meningkat, Khairy turut menasihatkan majikan untuk memberikan kebenaran mereka bekerja dari rumah atau mengamalkan sistem penggiliran ke pejabat.
Selain itu, majikan juga boleh memanfaatkan insentif yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan untuk menjaga kebajikan pekerja. Antaranya seperti:
- Menyediakan pelitup muka yang berkualiti tinggi.
- Memberikan kit ujian kendiri kepada pekerja.
- Mengubah suai sistem pengudaraan yang lebih baik di pejabat.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.