Lelaki Maut Dicekik Setelah Dituduh Curi Pembesar Suara
Pihak berkuasa telah berjaya menahan lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Satu tragedi telah berlaku di Flat Ashby Road, Ipoh, Perak melibatkan seorang lelaki meninggal dunia akibat dicekik.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9 pagi, semalam (25 november).
Mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.
Bergaduh sebab ‘speaker’
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siasatan awal mendapati bahawa suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka.
Ketika kejadian suspek menemui mangsa bersama pembesar suara itu, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka dan mengakibatkan mangsa terbunuh dalam kejadian itu.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menerusi Berita Harian.
Seorang daripada tiga suspek yang juga pemilik gerai di kawasan berkenaan kemudian muncul ketika pergaduhan berlaku untuk membantu rakannya.
Setelah itu, leher mangsa dipercayai dicekik dan kemudiannya meninggal dunia.

(Kredit: Berita Harian)
Polis berkata mereka juga percaya bahawa mangsa mempunyai masalah mental.
Polis turut merampas sebilah pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian. Ketiga-tiga suspek yang ditahan direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menerusi Berita Harian.
Memetik laporan Berita Harian, susulan kejadian itu polis menahan lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati luka kecil di dahi kanan dan di tangan kiri. Mayat kemudian dihantar Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.