KWSP Bakal Perkenal i-Sayang
i-Sayang membolehkan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Selepas i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama tahun 2022 sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Memetik laporan, Pengerusinya Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menjelaskan bahawa kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Thanks, encik suami! 😀
i-Sayang tak cukup? i-Lindung pun ada!
Bukan sahaja i-Sayang bakal dilancarkan nanti, pihak KWSP turut mengumumkan satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan iaitu i-Lindung.
i-Lindung membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian. Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11% kadar berkanun.
Pengerusinya Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.