Now Reading
Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dari Buaian Di Tapak Pesta Cheras Selatan

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dari Buaian Di Tapak Pesta Cheras Selatan

Seorang lelaki berusia 38 tahun maut dan seorang lagi cedera akibat terjatuh dari buaian di tapak pesta berdekatan Aeon Jusco Cheras Selatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis permainan, pasti akan teruja apabila adanya tapak pesta di kawasan berdekatan.

Umum diketahui, tapak pesta menyediakan bermacam-macam jenis aktiviti kepada pengunjung dan sesetengah permainan hanya membenarkan pengunjung dewasa sahaja untuk menggunakannya.

Namun, siapa sangka tempat bersuka ria ini boleh bertukar tragik dalam sekelip mata sahaja.

Seorang pengunjung maut selepas terjatuh dari buaian

Baru-baru ini, seorang pengunjung dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai terjatuh dari buaian yang dinaiki di sebuah tapak pesta berdekatan Aeon Jusco Cheras Selatan.

Laporan media memaklumkan, mangsa yang meninggal dunia berumur 38 tahun manakala individu yang cedera pula berumur dalam lingkungan 30-an.

Kredit: Utusan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.05 tengah malam oleh seorang pekerja di tapak pesta itu berikutan kejadian yang berlaku.

Memetik laporan Kosmo, seorang pengunjung disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang yang hadir di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Mangsa yang maut itu dibawa ke Unit Forensik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Pihak polis jalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar sama ada melibatkan kecuaian pihak pengurusan tapak pesta atau mangsa sendiri.

Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut. Kita juga telah membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Nasir Drahman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau boleh juga berurusan di mana-mana balai polis berdekatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd