Now Reading
Bengang Diminta Putus, Lelaki 19 Tahun Tekup Muka Teman Wanita Hingga Maut

Bengang Diminta Putus, Lelaki 19 Tahun Tekup Muka Teman Wanita Hingga Maut

Mangsa berusia 24 tahun dipercayai dibunuh selepas dia meminta untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya berusia 19 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, seorang wanita warga tempatan berusia 24 tahun ditemui mati selepas dipercayai ditekup menggunakan bantal oleh teman lelakinya pada Rabu lalu (24 Ogos) di sebuah rumah sekitar Kampung Pandan, Klang.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong memaklumkan kejadian tersebut didakwa berpunca selepas mangsa membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun.

Pihak polis dimaklumkan tentang kejadian berkenaan kira-kira jam 9.12 malam pada malam Rabu oleh seorang wanita tempatan yang mengetahui insiden tersebut selepas suspek menghubunginya dan meminta untuk diambil dari lokasi itu.

Balai Polis Klang menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan yang memaklumkan dia menerima panggilan video pada 7.18 malam oleh suspek yang meminta bantuan untuk mengambilnya di Kg Pandan, Klang selepas menyebabkan seorang wanita tidak menyedarkan diri selepas ditekup oleh bantal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong.

Mayat mangsa dalam keadaan terbaring tanpa sebarang kecederaan

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian iaitu rumah jenis lot di Kampung Pandan, Klang telah menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam bilik rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku.

Ambulans serta pasukan paramedik yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Siasatan Jenayah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai bukti dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong.

Suspek kini ditahan oleh pihak polis

Cha juga menjelaskan bahawa suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah ditahan oleh pihak polis ketika berada di sekitar lokasi kejadian selepas dia cuba melarikan diri.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd