Khairy Ucap Terima Kasih Selepas Dilantik Sebagai Naib Presiden WHA Ke-75
Jelas KJ, pihak KKM akan mengetengahkan suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru sahaja dilantik sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva, Switzerland.
Untuk pengetahuan umum, WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dianggotai oleh 194 negara anggota.
Memetik laporan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelantikan Khairy dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Himeji, Jepun.
Menurut beliau, Malaysia diberi pengiktirafan atas peranan aktif dalam platform kesihatan global pada WHA Ke-69 pada 2015, dan sekali lagi pada WHA Ke-75 yang akan datang pada tahun depan bagi mewakili semua 37 negara anggota Rantau Pasifik Barat.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter miliknya awal pagi tadi.
Today I am pleased to announce that at the 72nd WHO RCM for the Western Pacific Region in Himeji Japan, YB Khairy Jamaluddin has been unanimously elected as the Vice President of the upcoming Seventy-fifth World Health Assembly which will take place from 22-28 May 2022 in Geneva pic.twitter.com/NcVcIxTygX
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 27, 2021
Ini adalah satu penghormatan yang besar untuk Malaysia diberi mandat sebagai Naib Presiden WHA, dan kami akan menggunakan peluang ini untuk terus memainkan peranan yang lebih besar dalam kesihatan global. Secara kebetulan, Malaysia turut menjalankan tugas dalam lembaga eksekutif WHO bermula tahun ini hingga 2024.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter.

Khairy ketika ini mengetuai delegasi Malaysia ke WPRCM ke-72 yang bermula Isnin (25 Oktober) hingga Jumaat (29 Oktober) ini.
KJ ucap terima kasih
Khairy Jamaluddin juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih terhadap pemilihannya sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75.
Jelasnya, pihak KKM akan mengetengahkan suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti.
Thank you to all the @WHOWPRO countries for unanimously nominating Malaysia as Vice President for the World Health Assembly 2022. We will bring the voice of the Western Pacific to the world assembly especially on the principles of equity, solidarity and accountability. https://t.co/JxPAWAb00x
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 27, 2021
Tahniah, KJ!
Congratulations @Khairykj and @DGHisham. WHO needs proactive Member States. Thank you. https://t.co/5pe9zbY9oc
— Ying-Ru Lo (@loyingru) October 27, 2021
Thank you Khairy for your amazing service. Really appreciate your hard work! The dedication with which you work makes you the most deserving minister. Thank you! You will soon be rewarded for this. #inshallah
— Kashmiran (@tahirgulpinu) October 27, 2021
When we get the chance/opportunity, we will do our best. Semoga kita terus berjaya! THIS is the best news, receiving it firsthand. Let’s work through a progressive Assembly in 2022, representing Western Pacific region. 💪❤
— Christina S. (@christina_hysim) October 27, 2021
Untuk rekod, Malaysia pernah dilantik oleh negara anggota Rantau Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-69 pada 2015.
Menteri Kesihatan pada ketika itu adalah Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.