Now Reading
Pasukan Bedah Lakukan Prosedur Transplan Ginjal Babi Pada Manusia

Pasukan Bedah Lakukan Prosedur Transplan Ginjal Babi Pada Manusia

Ginjal daripada haiwan penderma berfungsi sama seperti di dalam organ manusia iaitu membuang bahan kumuhan dan menghasilkan air kencing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti diketahui umum, hanya manusia sahaja boleh menderma organ kepada pesakit. Tetapi, baru-baru ini ada haiwan yang dikatakan membuat perkara sama.

Biar betul? Berfungsi ke organ haiwan dalam badan manusia?

Laporan Kosmo memaklumkan satu pembedahan ke atas pesakit di Amerika Syarikat telah melibatkan haiwan khinzir sebagai penderma organ buat sementara waktu.

Haiwan penderma itu telah diubah secara genetik terlebih dahulu sebelum terlibat dengan pembedahan tersebut.

Pembedahan selama dua jam yang dilakukan pada 25 September itu melibatkan seorang pesakit yang mempunyai kerosakan pada otaknya sehingga terpaksa hidup menggunakan mesin ventilator.

Pasukan perubatan Amerika Syarikat berjaya menyambung ginjal khinzir pada badan manusia dan kejayaan itu dianggap sebagai satu perkara yang sangat ajaib.

Ginjal tersebut berfungsi sama seperti di dalam manusia iaitu membuang bahan kumuhan dan menghasilkan air kencing.

Pengarah Institut Transplan Universiti New York Langone Robert Montgomery menerusi AFP.

Montgomery memaklumkan bahawa keluarga pesakit pada awalnya agak sedih apabila keinginan pesakit untuk menjadi penderma organ terhalang kerana buah pinggangnya tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

Oleh disebabkan itu, keluarga pesakit memberi keizinan kepada Montgomery dan pasukannya untuk melakukan eksperimen selama dua hari ke atas pesakit.

Selepas eksperimen itu selesai dijalankan, mesin ventilator ditanggalkan daripada pesakit.

Namun selepas 54 jam, pesakit dikhabarkan telah meninggal dunia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd