Now Reading
Harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 Akan Turun Lagi

Harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 Akan Turun Lagi

Harga kit ujian kendiri Covid-19 ketika ini ditetapkan pada RM19.90.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.

Pada bulan Ogos lalu, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

Jika sebelum ini, harga kit ujian kendiri Covid-19 ini dijual pada harga RM39.90.

Setelah itu, pada awal September lalu – pihak kerajaan menetapkan harga siling terbaharu buat kit ujian ini dengan meletakkan serendah RM19.90 setiap satu.

BACA SINI: Harga Siling RM19.90 Untuk Ujian Kendiri Covid-19

Ia menunjukkan pengurangan yang ketara dan kit ujian ini juga boleh dibeli menerusi aplikasi MySejahtera.

Harga siling masih tinggi

Semalam (7 Oktober), Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Dr N Marimuthu dilaporkan berkata harga runcit maksimum RM19.90 yang ditetapkan kerajaan dilihat masih tinggi dan perlu diturunkan kepada RM9.90.

Menurut laporan, pakar kesihatan turut mencadangkan harga kit ujian itu diturunkan kepada bawah RM10 bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan ujian kendiri Covid-19 sebelum merentas negeri.

BACA SINI: Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi – Dr Noor Hisham


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd