Now Reading
Harga Siling RM19.90 Untuk Ujian Kendiri Covid-19

Harga Siling RM19.90 Untuk Ujian Kendiri Covid-19

Harga sebelum ini ditetapkan pada RM39.90.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Harga ujian kendiri Covid-19 telah ditetapkan oleh kerajaan pada RM19.90 harga runcit dan RM16.00 harga borong, berdasarkan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kerajaan merancang untuk menjadikan ujian kendiri Covid-19 sebagai barang kawalan bagi memastikan harga ujian tersebut terkawal.

Ia menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding harga yang ditetapkan kerajaan sebelum ini, iaitu RM39.90 yang dapat dibeli menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula berkata bahawa harga akan dijatuhkan lagi dalam masa akan datang bagi meringankan beban yang kurang berkemampuan.

https://twitter.com/Khairykj/status/1433280365766971402

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd