Now Reading
Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi – Dr Noor Hisham

Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi – Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham mengingatkan rakyat Malaysia agar tetap berwaspada dan melakukan ujian kendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia akan dapat melakukan perjalanan merentas negeri dalam masa beberapa hari lagi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menyebut bahawa walaupun kelonggaran akan diberikan, beliau mengingatkan rakyat Malaysia agar tetap berwaspada dan melakukan ujian kendiri untuk menjaga keselamatan orang yang disayangi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga sebelum ini telah menasihati individu yang berada di kawasan berisiko tinggi dan terdedah dengan jangkitan Covid-19 dinasihati untuk melakukan swab test secara berkala sebelum pulang ke kampung halaman.

BACA SINI: Buat Swab Test Dulu Baru Balik Kampung – KJ

Dalam beberapa hari lagi, sekatan perjalanan merentas negeri akan dilonggarkan. Penting untuk kita mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai mask, mencuci tangan & jarak fizikal walaupun bagi mereka yang telah divaksinasi. Untuk menjaga keselamatan orang yang tersayang & keluarga, lakukan ujian kendiri RTK Ag air liur secara berkala.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter miliknya.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada lagi sekatan akan dilakukan setelah Malaysia mencapai 90% vaksinasi untuk populasi dewasa. Sehingga hari ini (7 Oktober), jumlah yang direkodkan adalah 88.8%, berdasarkan laporan JKJAV.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri & Negara Mulai Disember Nanti (Atau Mungkin Lebih Awal)

Buat masa ini, kerajaan hanya membenarkan individu-individu tertentu untuk melakukan perjalanan merentas negeri seperti pasangan jarak jauh dan mereka yang mempunyai anak-anak yang belajar di negeri yang berbeza.

BACA JUGA: Official MKN SOP For Klang Valley PPN Phase 3 As Of 4 October (In English)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd