Now Reading
Vaksin Untuk Kanak-kanak Berumur 12 Tahun Masih Dalam Kajian & Belum Ditetapkan

Vaksin Untuk Kanak-kanak Berumur 12 Tahun Masih Dalam Kajian & Belum Ditetapkan

Vaksinasi untuk kanak-kanak 12 tahun masih dalam kajian oleh FDA (US) mahupun NHRA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (1 September), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengadakan sidang media khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan kemas kini tentang situasi Covid-19, program vaksinasi, dan lain-lain hal yang berkaitan dengan KKM.

Salah satunya adalah perihal vaksinasi untuk kanak-kanak.

Menurut Khairy, yang juga dikenali dengan nama glamour: KJ, Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun.

Tiada sebarang kelulusan untuk vaksinasi pediatrik di Malaysia mahupun di mana-mana tempat ketika ini. Ia masih dalam kajian oleh agensi pengawalseliaan sama ada badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA-US) mahupun Pihak Berkuasa Kawalan Kesihatan Kebangsaan (NHRA). Sebaik sahaja kita ada cukup data untuk menyokong bahawa adalah selamat untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak, barulah kita akan bawa ia kepada jawatankuasa vaksin untuk pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Jelasnya lagi, pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech kini sedang dalam proses menampilkan vaksin Covid-19 khusus buat kanak-kanak dan vaksin itu mempunyai dos yang berbeza berbanding dos untuk dewasa.

Kanak-kanak yang tidak diberi vaksin akan selamat jika orang dewasa ambil vaksin

Kredit: The Malaysian Reserve

KJ menjelaskan dengan ketiadaan vaksinasi yang diluluskan untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, langkah vaksinasi orang dewasa di sekolah akan menjadi cara terbaik bagi memastikan mereka yang belum diberi vaksin terselamat.

KKM juga mungkin akan mempertimbangkan keperluan untuk mewajibkan vaksinasi Covid-19 dalam usaha menangani masalah berkaitan anti-vaksin.

Dalam perkembangan yang sama, beliau juga hampir mencadangkan agar semua anggota Kabinet diwajibkan untuk mengambil vaksin.

Walau bagaimanapun, setakat ini kerajaan masih tidak mewajibkan pengambilan vaksin oleh orang ramai.

Saya belum sampai ke tahap saya akan mengesyorkan supaya seluruh anggota Kabinet diwajibkan untuk menjalani vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Individu tolak vaksin perlu melaksanakan ujian kendiri Covid-19

Satu dasar baharu mengenai ujian Covid-19 akan dilaksanakan tidak lama lagi khusus bagi mereka yang memilih untuk menolak vaksin atas sebab selain faktor perubatan.

KJ memberitahu bahawa individu itu perlu melakukan ujian kendiri dengan alat ujian Covid-19 secara berkala untuk memastikan mereka bebas dari virus.

Kredit: Utusan Borneo

Sebaik sahaja kita masuk ke fasa endemik, sama ada anda divaksin atau tidak, anda perlu menjalani ujian kendiri dengan kerap. Bagi mereka yang yang enggan divaksin, mereka perlu mempunyai jadual tertentu ujian yang perlu dipatuhi. Sama ada ia menggunakan kit ujian segera dan sekiranya ia (keputusan) positif, akan disahkan oleh ujian PCR.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, KJ berkata kerajaan dalam mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk menetapkan harga siling bagi alat ujian diri Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi akan membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd