Now Reading
SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Di Selangor Berkuatkuasa 3 Julai

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Di Selangor Berkuatkuasa 3 Julai

Walau bagaimanapun, Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor yang mula dilaksanakan pada 3 Julai adalah berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Beberapa buah daerah di Selangor dan beberapa lokaliti kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021.

BACA SINI: [TERKINI] PKPD Di Beberapa Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Kuala Lumpur Bermula 3 Hingga 16 Julai

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat ini dilakukan bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19, terutama di kawasan-kawasan yang berkenaan.

Kredit Infografik: Harian Metro

SOP PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada perbezaan

(Kredit: Malay Mail)

Walau bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor yang mula dilaksanakan pada 3 Julai lalu adalah berbeza.

Ini kerana PKPD di Selangor yang pelaksanaannya berdasarkan mukim atau daerah, manakala PKPD di Kuala Lumpur pula tertumpu kepada lokaliti secara bersasar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim meminta orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan SOP di kedua-dua kawasan terbabit.


SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi kawasan Selangor

Aktiviti Dibenarkan

  • Seorang (1) wakil dari setiap rumah untuk membeli barangan keperluan.
  • Perkhidmatan perlu (Essential Services).

Aktiviti Tidak Dibenarkan

  • Keluar dari rumah bagi aktiviti selain dari yang dibenarkan tanpa kebenaran PDRM.
  • Pergerakan keluar penduduk.
  • Pergerakan masuk orang luar ke kawasan PKPD.

Arahan Tetap

  • Subseksyen 11(3) Akta 342.
  • Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
  • Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah Akta 342.

Tempoh kuatkuasa SOP ini adalah bermula 3 Julai 2021 (12:01 pagi) sehingga 16 Julai 2021 (11.59 malam).

Kawasan yang terlibat adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Daerah Petaling : Mukim Petaling, Damansara, Sg. Buloh dan Bukit Raja
  2. Daerah Hulu Langat : Mukim Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang
  3. Daerah Sepang : Mukim Dengkil, Labu dan Sepang
  4. Daerah Gombak : Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang dan Kuang
  5. Daerah Kuala Langat : Mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra dan Batu
  6. Daerah Klang : Mukim Kapar dan Klang
  7. Daerah Kuala Selangor : Mukim Ijok, Bestari Jaya dan Jeram
  8. Daerah Hulu Selangor : Mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali

*Bagi PKPD di CLQ LRT 3 Sunway Constructions (Klang), Westlite SS 8 (Petaling Jaya), Mentari Court PJS 8 (Petaling Jaya), Taman Murni (Sepang) dan CLQ Gardens Kundang Jaya (Rawang), sila rujuk SOP PKPD yang sedang berkuatkuasa.*


Kawalan Pergerakan

  • Semua laluan keluar masuk PKPD ditutup.
  • Kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dilaksanakan oleh PDRM dengan bantuan ATM, APM danRELA.
  • Semua penduduk TIDAK DIBENARKAN KELUAR dari rumah / kediaman masing-masing.
  • Hanya seorang (1) wakil dari setiap rumah dibenarkan untuk membeli barang keperluan di kedai runcit dalam kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
  • Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pemandu dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan dan vaksinasi.
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Mana-mana individu yang telah dikenakan Arahan Kuarantin di Rumah (HSO) TIDAK DIBENARKAN keluar kediaman.
  • Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
  • Kapasiti satu (1) orang sahaja bagi setiap kenderaan persendirian (semua jenis). Tambahan penumpang tertakluk kepada kebenaran PDRM berdasarkan case to case basis.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja) bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah berdasarkan kapasiti kenderaan.
  • Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam darat dan laut (keretapi, komuter, LRT, MRT, ERL, Monorel, bas, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.
  • Lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
  • Urusan untuk menjalankan tugas rasmi Kerajaan dibenarkan dengan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan atau pas pekerja yang sah tertakluk kepada arahan semasa Ketua Setiausaha Negara.
  • Kebenaran untuk bekerja bagi sektor swasta hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
  • Pekerja daripada perkhidmatan perlu (essential services) dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat kelulusan Kementerian atau Jabatan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu (essential services) TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah (work from home).
  • Pergerakan bagi urusan-urusan lain selain yang dinyatakan dalam SOP ini perlu mendapatkan kebenaran PDRM.

Aktiviti Di Dalam Kawasan PKPD

  • Restoran, kedai/ gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/ kiosk DIBENARKAN beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine TIDAK DIBENARKAN.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Pasar raya dan pasar raya besar DIBENARKAN beroperasi TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar borong DIBENARKAN beroperasi dari jam 12.01 pagi hingga 6.00 pagi.
  • Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
  • Pasar harian, pasar pagi, pasar tani, pasar malam, bazar larut malam TIDAK DIBENARKAN beroperasi.
  • Penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.
  • Bagi kes kecemasan seperti sakit atau kematian, penduduk DIBENARKAN untuk keluar zon dengan kelulusan PDRM. Pertimbangan boleh diberikan oleh pihak PDRM dan KKM berdasarkan case to case basis.
  • Pusat Pemberian Vaksin di dalam kawasan PKPD DIBENARKAN beroperasi.
  • Semua institusi pendidikan DITUTUP sepanjang PKPD.
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) DIBENARKAN menggunakan konsep Camp Based Training.
  • Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) DIBENARKAN menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).
  • Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta TIDAK DIBENARKAN.
  • KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
  • Bantuan bekalan makanan oleh pihak luar seperti NGO/ syarikat/ individu sepanjang tempoh PKPD kepada yang memerlukan akan ditentukan dan diagihkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) melalui koordinasi di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah/ Negeri.

Aktiviti Keagamaan

  • Aktiviti agama Islam adalah tertakluk mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Aktiviti agama selain Islam tertakluk mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara.

Pusat Asuhan Kanak Kanak, Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Harian

  • Tabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN BEROPERASI KECUALI untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan barisan petugas hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.
  • Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak kanak Orang Kurang Upaya (OKU) warga emas wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak DIBENARKAN menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Kebenaran Operasi & Pergerakan Perkhidmatan Awam dan Swasta

Perkhidmatan Perlu / Essential Services sahaja:

  • Pengoperasian Pejabat Kerajaan bagi kawasan PKPD yang terlibat mengguna pakai arahan Ketua Setiausaha Negara berkaitan pengoperasian Pejabat Kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang berkuatkuasa.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam dalam perkhidmatan perlu terhad kepada 20% (tidak termasuk frontliners, anggota keselamatan dan pertahanan).
  • Perkhidmatan kaunter Kerajaan ditutup sepenuhnya kecuali:
    1. Perkhidmatan kesihatan
    2. Balai polis
    3. Di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan urusan perkastaman, imigresen serta kuarantin.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%.

Protokol Kesihatan Umum

  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang kurangnya 1 meter.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  • Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  • Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau alasan-alasan lain yang munasabah.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan dan pekerja check-in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sekiranya tiada liputan internet.

Senarai Perkhidmatan Perlu (Essential Services)

A. Sektor Pembuatan dan Pengilangan

  • Barang Makanan Kering: Gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih (loaf) dan susu tepung bayi.
  • Minuman:Air mineral.
  • Kebersihan, Kesihatan dan Penjagaan Diri: Lampin bayi, lampin dewasa, ubat-ubatan, hand sanitizer dan topeng muka.

*Hanya melibatkan rantaian pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan.

B. Sektor Perkhidmatan

  • Air, elektrik dan tenaga.
  • Kesihatan.
  • Perbankan.
  • Veterinar dan keperluan makanan haiwan. 
  • Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan.
  • Pengangkutan melalui darat, air, atau udara. 
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi.
  • Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan). 
  • Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja).
  • Pembersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembentungan. 
  • Teknologi maklumat dan E-dagang (untuk tujuan pesanan dan penghantaran sahaja). 
  • Perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) atau p-hailing (parcel-hailing).

*Apa-apa aktiviti yang menjadi rantaian kepada senarai Sektor Perkhidmatan sahaja.


Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List)

1. Aktiviti Ekonomi

Sektor ekonomi selain daripada yang disenaraikan dalam A. Sektor Pembuatan dan Pengilangan serta B. Sektor Perkhidmatan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu (Essential Services).

2. Aktiviti Hiburan

Tidak dibenarkan.

3. Aktiviti Sukan & Rekreasi

Tidak dibenarkan. Taman-taman awam ditutup.

4. Aktiviti Pelancongan

Semua aktiviti pelancongan ke luar dan masuk, dan di dalam kawasan PKPD adalah TIDAK DIBENARKAN.

5. Aktiviti Sosial & Pendidikan

  • Semua majlis rasmi/ tidak rasmi Kerajaan/ Swasta, atau sebarang bentuk majlis sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Sebarang bentuk seminar, kursus, latihan, kelas, apa-apa jua aktiviti pendidikan/ pembelajaran secara bersemuka adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd