Now Reading
[TERKINI] PKPD Di Beberapa Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Kuala Lumpur Bermula 3 Hingga 16 Julai

[TERKINI] PKPD Di Beberapa Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Kuala Lumpur Bermula 3 Hingga 16 Julai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa buah daerah di Selangor dan beberapa lokaliti kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021.

Ini merupakan senarai daerah/kawasan yang akan berada di bawah PKPD:

Lokaliti: Kuala Lumpur

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
  • Flat Seri Sabah
  • Kampung Puah
  • PPR Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

Selangor

Petaling

  • Petaling
  • Damansara
  • Sg. Buloh
  • Bukit Raja

Gombak

  • Batu
  • Rawang
  • Setapak
  • Hulu Kelang
  • Kuang

Hulu Langat

  • Ampang
  • Cheras
  • Kajang
  • Semenyih
  • Beranang
  • Hulu Langat

Sepang

  • Dengkil
  • Labu
  • Sepang

Kuala Langat

  • Tanjung 12 (1)
  • Tanjung 12 (2)
  • Teluk Panglima Garang
  • Morib
  • Bandar
  • Jugra
  • Batu

Klang

  • Kapar
  • Klang

Kuala Selangor

  • Ijok
  • Bestari Jaya
  • Jeram
  • Tanjung Karang

Hulu Selangor

  • Serendah
  • Rasa
  • Ulu Yam
  • Batang Kali

Ismail Sabri mengatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat ini dilakukan bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19, terutama di kawasan-kawasan di atas.

Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di WP Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan. Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Apa yang akan berlaku ketika PKPD?

Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.

  • Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
  • KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
  • Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.
  • Namun, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.
  • Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
  • Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
  • Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis- premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.
  • Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd