PDRM Akan ‘Spot Cek’ Rumah Banyak Selipar, Kasut & Kereta Pada Hari Raya Nanti
PDRM akan mengekalkan rondaan dan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang dilakukan tahun lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disambut di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan kes baru Covid-19 yang kian meningkat saban hari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bakal memperketatkan lagi syarat-syarat permohonan bagi mereka yang ingin merentas negeri.
Di mana ianya hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis dengan alasan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan.
BACA SINI: Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja – PDRM
Bagi mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, Polis Kedah bakal memeriksa rumah yang didapati mempunyai rumah dengan bilangan jumlah kasut dan selipar yang banyak.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri Kedah.
Terdahulu, PDRM mengeluarkan kenyataan di mana pihak mereka bakal melakukan rondaan dan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang pernah dilakukan pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pelaksanaan tersebut dibuat bagi memastikan tiada individu atau pihak yang berjaya ‘meloloskan’ diri, selain menggunakan permit palsu.
Seperti perayaan tahun lalu, kita akan menggunakan strategi sama dengan membuat pemeriksaan di rumah. Kita akan periksa rumah yang ada banyak kereta untuk lihat sama ada mereka mempunyai surat rentas negeri atau sebaliknya.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.
Pihaknya turut menyeru semua pihak supaya tidak sesekali membawa dokumen palsu kerana akan dikenakan denda yang tinggi.
Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.