Now Reading
Pencemaran Di Tasik Taman Matahari Bukan Dari Loji Kumbahan – Indah Water

Pencemaran Di Tasik Taman Matahari Bukan Dari Loji Kumbahan – Indah Water

Susulan siasatan lanjut, pihak IWK mengesahkan bahawa tiada ikan mati ditemui di lokasi di mana efluen loji IWK dilepaskan.
.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini kecoh di media sosial video mengenai pencemaran yang berlaku di sebuah tasik di Kulai, Johor.

Video berkenaan yang dimuat naik di Facebook memperlihatkan ratusan ikan mati dan ada yang dalam keadaaan mabuk di Tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon kemudiannya berkata, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mempercayai ianya disebabkan pencemaran air yang berpunca daripada sebuah loji rawatan kumbahan.

“Siasatan lanjut oleh pasukan penyiasat JAS Johor mendapati sistem rawatan komponen loji itu mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik,” kata Ling.

Efluen dari loji kumbahan tidak mengalir ke kawasan tasik yang tercemar

Terbaharu Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa pencemaran di Tasik Taman Matahari itu berpunca daripada pembuangan air kumbahan atau efluen yang dilepaskan dari loji rawatan kumbahan berdekatan.

IWK menerusi satu kenyataan berkata, Pasukan Operasi IWK telah menjalankan siasatan menyeluruh di loji rawatan kumbahan yang terlekat berdekatan dengan tasik tersebut pada 19 Mac.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji  itu mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (DOE). Hasil semakan juga mengesahkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji berkaitan, tidak mengalir ke kawasan tasik yang dilaporkan tercemar.”

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

“Tiada ikan mati di lokasi efluen IWK dilepaskan”

Menurut IWK lagi, Tasik Taman Matahari mempunyai dua bahagian berbeza. Efluen yang dilepaskan dari Loji  Rawatan Kumbahan IWK disalurkan ke bahagian tasik yang berasingan, dan ianya berbeza daripada kawasan yang telah dilaporkan tercemar.

Susulan siasatan lanjut, pihaknya mengesahkan bahawa tiada ikan mati ditemui di lokasi di mana efluen loji IWK dilepaskan. 

“IWK komited untuk menangani kes pencemaran dan berusaha untuk menyediakan  perkhidmatan pembetungan yang cekap, termasuk mengekalkan Loji Rawatan Kumbahan  dalam keadaan optimum untuk memastikan operasi yang efektif. Adalah ditegaskan di sini  bahawa semua efluen terawat yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan IWK mesti  memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd