Now Reading
[Video] Banyakan Ibadah & Doa Semasa Malam Nisfu Syaaban! Ini Sebabnya

[Video] Banyakan Ibadah & Doa Semasa Malam Nisfu Syaaban! Ini Sebabnya

Sabtu ini (24 Februari) selepas Maghrib merupakan malam Nisfu Syaaban di mana malam yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada bulan ini, akan datangnya satu malam yang amat penting bagi umat Islam di seluruh dunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban dikatakan mempunyai banyak kelebihannya berbanding pada malam-malam yang lain dalam Islam.

Ustaz Wadi Annuar kongsi kelebihan malam Nisfu Syaaban

Susulan itu, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar berkongsi tentang kelebihan malam tersebut mengikut hadis sahih.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok rasminya @ustazwadiannuarofficial, beliau berkata kelompok terbaik umat Nabi Muhammad SAW iaitu Salafussoleh telah menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakan ibadat serta doa.

Secara ringkasnya, golongan Salafussoleh atau salaf al-Soleh adalah kelompok sahabat Rasulullah SAW dan juga kelompok tabiin iaitu golongan Islam awal yang bersahabat dengan sahabat Baginda selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Bulan Syaban antara bulan yang banyak Nabi Muhammad berpuasa

Menurut Ustaz Wadi, malah isteri Baginda iaitu Saidatina Aisyah R.A juga pernah berkata bulan Syaban juga merupakan salah satu bulan dari 12 bulan Islam di mana Rasullah paling banyak berpuasa.

“Antara salaf yang perbanyakan ibadat dengan berlumba-lumba, antaranya ialah Imam Makhul, Khalid bin Ma’dan dan lain-lain.

“Imam Syafie kata ada lima malam mustajab doa, malam raya Aidilfitri, malam raya Aidiladha, malam Jumaat, malam hari pertama Rejab dan malam Nisfu Syaaban,” katanya.

Ustaz Wadi saran umat Islam perbanyakan ibadah dan doa

Susulan itu, Ustaz Wadi menyarankan kepada semua umat Islam agar memperbanyakan berdoa kepada Allah SWT pada malam tersebut.

Menurutnya lagi, dalam satu sanad hadis yang sahih, Allah SWT melihat kepada semua hambaNya kemudian Allah mengampunkan dosa pada Nisfu Syaaban kecuali mereka yang bermusuhan.

“Maka kita ajak sanak saudara dan keluarga kita pada 24 Februari hari Sabtu selepas Maghrib untuk sama-sama memperbanyakan ibadat dan doa pada malam itu,” katanya lagi.

https://www.tiktok.com/@ustazwadiannuarofficial/video/7338052867435154696?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222916125221733890

Untuk info, malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu, Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaban iaitu pada malam ke-15.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat. Semoga segala amal ibadah dan doa kita diterima oleh Allah SWT.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd