Now Reading
Suami Isteri Ganggu Penunggang Motosikal Di Jabatan Pulau Pinang Ditahan Polis

Suami Isteri Ganggu Penunggang Motosikal Di Jabatan Pulau Pinang Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pihak polis telah menahan pasangan suami isteri yang tular baru-baru ini menunggang motosikal sambil mengganggu dan menakutkan pengguna jalan raya lain di Jabatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya mengesan suspek selepas melihat video tular kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

“Di dalam video tular itu, suspek (pembonceng wanita) membaling objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal (ditunggangi suaminya).

“Polis menahan suspek lelaki berusia 50-an penunggang dan pembonceng wanita 30-an di sebuah premis di Georgetown hari ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

Menurutnya, semakan yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau pada 2021 dan 2023 lalu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berkongsi lanjut, Helmi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tambil dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-5382222 atau pergi ke balai polis yang berhampiran.

Tular video pasangan tunggang motosikal ancam keselamatan pengguna jalan raya

Terdahulu, tular video di media sosial tindakan pasangan yang menunggang motosikal menendang dan melibas tali ke arah rider lain di atas Jabatan Pulau Pinang.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh salah seorang penunggang motosikal sebelum ia tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: “Siap Tendang & Baling Pasir” – Pasangan Didakwa Aniaya Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd