Now Reading
“Siap Tendang & Baling Pasir” – Pasangan Didakwa Aniaya Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang

“Siap Tendang & Baling Pasir” – Pasangan Didakwa Aniaya Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang

Difahamkan, wanita tersebut turut memegang tali yang dipercayai gulungan wayar berwarna kelabu bersamanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain perlu mengelak dari keadaan jalan yang berlubang dan berbahaya, pemandu dan penunggang motosikal juga kena berwaspada dengan pengguna jalan raya yang berniat jahat.

Ini kerana jalan raya juga merupakan salah satu lokasi tumpuan kepada para penjenayah terutamanya melibatkan kes samun.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Taktik Beri Isyarat Kereta Bermasalah, Mat Motor Cuba Samun Pemandu


Pasangan Didakwa Cuba Aniaya Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Faizul Jojoe), lelaki ini mendakwa dia telah diganggu oleh pasangan lelaki dan wanita yang menaiki motosikal ketika berada di Jambatan Pulau Pinang.

Wanita yang berada di bahagian tempat duduk pembonceng itu dikatakan telah membaling pasir pada mukanya dan sempat menoleh mukanya ke arah lain sebelum memecut kelajuan motor miliknya.

“Aku kena pasir di muka, nasib baik aku bersabar. Kalau aku tak sabar, aku dah tendang dah motor kau,” kata pengguna Facebook itu.

Sumber: Facebook Faizul Jojoe

Tidak lama selepas itu, penunggang motosikal yang lain turut berdepan nasib sama apabila individu tersebut cuba ditendang pula di bahagian bawah motor.

Jika dilihat di dalam video berkenaan, individu kedua itu sempat mengelak dari terkena tendangan wanita terbabit.

Difahamkan, wanita tersebut turut memegang tali yang dipercayai gulungan wayar berwarna kelabu bersamanya.


Netizen Bengang Lihat Tindakan Oleh Pasangan Di Jambatan Pulau Pinang Itu

Rata-rata netizen yang melihat gambar dan video dimuat naik itu turut meluahkan rasa geram dan bengang dengan tindakan pasangan tersebut yang cuba menganiaya penunggang motosikal yang lain.

Netizen turut mempersoalkan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tiada motif jelas sehingga didakwa mahu menyebabkan kecederaan pada pengguna jalan raya.

“Apa penyakit ni. Orang lintas depa semua nak terajang. Mental tak betul kot,” kata netizen.

Pada masa yang sama, seorang netizen mendakwa pasangan ini pernah tular sebelum ini di laman Penang Kini dan masih wujud sehingga kini.

Malah, ada juga netizen yang mencadangkan agar tindakan berkenaan dilaporkan kepada pihak polis bagi membolehkan tangkapan dilakukan kepada pasangan terbabit.

Sehingga kini, tiada sebarang laporan mengenai penangkapan pasangan ini dimaklumkan oleh pihak polis.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd