Now Reading
Darjah Kebesaran Agus Yusoff Ditarik Balik Oleh Sultan Kelantan?

Darjah Kebesaran Agus Yusoff Ditarik Balik Oleh Sultan Kelantan?

Namun difahamkan usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan gagal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (17 Januari), tular satu Warta Kerajaan Kelantan yang menjelaskan pelantikan Tengku Muhammad Fakhry Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan baharu, manakala gelaran Tengku Muhammad Fa-iz Petra pula ditarik.

Baca Artikel Berkaitan: Tengku Muhammad Fakhry Petra Dilantik Tengku Mahkota Kelantan Yang Baharu?

Belum reda isu tersebut, hari ini (18 Januari) dikhabarkan pula bahawa Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah ditarik balik.

Ianya selepas penularan satu Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 28 Disember 2023 pagi tadi, yang memaklumkan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenankan penarikan semula anugerah tersebut, lapor Berita Harian.

Dilaporkan juga bahawa penarikan tersebut telah berkuat kuasa sejak 2 Disember 2023 lagi.

Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

Warta Kerajaan Kelantan, 28 Disember 2023.

Agus sebelum ini telah dikurniakan DPSK oleh negeri Kelantan pada 12 November 2011.

Namun difahamkan usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad gagal kerana panggilan sehingga kini tidak dijawab dan tiada sebarang maklum balas kepada mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.


Agus Enggan Ulas Isu Penarikan DPSK

Dalam masa yang sama, Agus dilaporkan enggan memberi sebarang ulasan mengenai isu penarikan balik DPSK tersebut.

Dia yang dihubungi oleh media Scoop bagi mendapatkan pengesahan, berkata tidak mahu memberi sebarang komen dan memaklumkan bahawa dia sedang berada di luar negara.


Tular Video Perbualan Lucah Agus & Wahab

Pada November lepas, satu video perbualan lucah antara seorang individu didakwa Agus dan penolong pegawai di J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani telah tular.

Agus walau bagaimanapun menafikan perkara tersebut di satu persidangan media pada 17 November tahun lalu. Dia mendakwa klip video tersebut merupakan perbualan biasa antara mereka dan telah disunting sedemikian oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan reputasinya.

Baca Artikel Berkaitan: Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Di sidang media sama, Wahab pula mendakwa telah dijadikan kambing hitam bagi tujuan tersebut.

Namun, pada 1 Disember, Wahab dilaporkan membuat laporan polis dan mendakwa Agus menyerangnya secara seksual.

Sebagai rekod, Agus dikatakan telah menghantar perletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 15 November tahun sama. Katanya, ia dilakukan atas sebab mendapat tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan sebarang desakan atau tekanan.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Mirip Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Berbual Lucah Sesama Jantina


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd