Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman di muka dan leher ditemui di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, pihaknya menerima laporan berkenaan penemuan mayat tersebut pada jam 9.30 pagi 13 Januari daripada orang awam.
Mayat yang masih belum dikenal pasti itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah bangunan.
“Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Alexson.
Lelaki Tempatan Ditahan Bagi Siasatan
Alexson memaklumkan bahawa seorang lelaki tempatan telah ditahan polis bagi membantu siasatan susulan daripada siasatan yang dijalankan.
Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan
Alexson turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Laporan juga boleh dibuat dengan menghubungi Asisten Superintendan Dorairajah di talian 085-433730.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.