Now Reading
Anggota Polis Tampar Orang Awam Dipindah Ke Jabatan Lain Sementara Siasatan Dijalankan

Anggota Polis Tampar Orang Awam Dipindah Ke Jabatan Lain Sementara Siasatan Dijalankan

Anggota polis berpangkat sarjan mejar tersebut telah dipindahkan dari Balai Polis Sri Gading, Batu Pahat ke jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sementara siasatan dijalankan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang anggota polis yang tular dan didakwa melakukan kekasaran terhadap seorang awam telah dipindahkan ke jabatan lain.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, siasatan dalaman sedang dilakukan oleh pihaknya dan anggota berpangkat sarjan mejar itu dipindah dari Balai Polis Sri Gading, Batu Pahat sementara menunggu hasil siasatan.

Dia berkata tindakan mengikut undang-undang yang sepatutnya akan diambil setelah menerima hasil siasatan.

“Ketua polis balai itu dipindahkan ke satu jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, sementara siasatan dijalankan dan jabatan itu juga tidak memerlukan dia berurusan dengan orang awam,” kata Kamarul kepada Kosmo.


Anggota Disiasat Sejak Video Tular

Pada 12 Januari lalu, polis telah mengeluarkan satu kenyataan akan menyiasat anggota berkenaan.

Kamarul berkata kejadian itu akan disiasat secara terperinci oleh pihaknya. Ia disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela, berserta siasatan tatatertib.

Kamarul turut meminta orang awam atau saksi kejadiaan hadir membuat laporan mengenai kejadian tersebut.


Tular Video Polis Tampar Orang Awam

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat yang viral di sosial media sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Rakaman video menunjukkan seorang anggota polis menampar beberapa kali seorang lelaki di dalam sebuah restoran.

Berdasarkan laporan oleh Free Malaysia Today, Kamarul memaklumkan bahawa kejadian tersebut dirakam pada hari sama lelaki berkenaan (orang awam) ditahan iaitu 15 April tahun lepas.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd