Now Reading
Warga Emas Ke Hospital Kerana Sakit Perut, Rupa-Rupanya Sudah 35 Tahun ‘Hamil’

Warga Emas Ke Hospital Kerana Sakit Perut, Rupa-Rupanya Sudah 35 Tahun ‘Hamil’

Janin yang telah meninggal dunia di dalam badan akan menjadi ‘batu’ untuk mengelakkan jangkitan kuman ke atas ibunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa sangka, seorang wanita Algeria berusia 73 tahun yang berjumpa dengan doktor kerana sakit perut, rupa-rupanya mengalami satu masalah kesihatan yang sangat jarang berlaku.

Melalui satu hantaran video di TikTok oleh seorang pakar perubatan, Dr Karan Raj (@dr.karanr), perkara itu dikesan apabila wanita terbabit dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital akibat sakit perut.

Setelah prosedur dijalankan, doktor mendapati terdapat seorang ‘bayi yang telah menjadi batu’ di bahagian tiub Fallopionya. Rupa-rupanya, dia mengalami keadaan digelar ‘litopedion’.

Berdasarkan Journal of Medical Case Reports, litopedion diambil daripada bahasa yunani lithos (batu) dan paidion (anak), membawa maksud kandungan yang menjadi batu.

Ia merupakan komplikasi kehamilan yang amat jarang berlaku, dan terjadi apabila janin meninggal dunia tetapi sudah terlalu besar untuk diserap balik oleh tubuh badan.


Badan Mumiakan Janin Untuk Elak Jangkitan Kuman

Keadaan litopedion sukar dikenal pasti kerana kebiasaannya tidak mempunyai simptom dan hanya disedari secara tidak sengaja melalui kajian pengimejan, pembedahan atau bedah siasat.

Dr Karan berkata janin yang tidak diserap semula oleh tubuh badan ibu menjadi bahan asing terhadap sistem imun ibu.

Oleh itu, badan akan mengkalsifikasi (calcified) dan memumiakan janin tersebut untuk elak jangkitan kuman daripada berlaku.

Dalam kes ini, wanita tersebut telah ‘mengandung’ selamat 35 tahun!

Sumber gambar: TikTok @dr.karanr

Kehamilan Luar Rahim Sebab Pertama Kematian Wanita 3 Bulan Hamil

Dr Karan berkata keadaan ini berlaku apabila janin meninggal dunia dalam keadaan kehamilan luar rahim.

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, kehamilan luar rahim berlaku apabila ovum disenyawakan di tempat selain rahim, kebiasaannya di salah satu tiub Fallopio. Ia berlaku dalam 1% hingga 2% kehamilan.

Kehamilan tersebut merupakan sebab pertama kematian dalam kalangan wanita yang sedang tiga bulan hamil.

Wanita berisiko maut jika kehamilan luar rahim menyebabkan tempat di mana ia berlaku, seperti tiub Fallopio, pecah.

Perkara ini turut disebut oleh National Health Services (NHS) United Kingdom dalam satu kenyataan yang mana pembedahan adalah satu-satunya pilihan yang boleh dijalankan.

Baca Artikel Berkaitan: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd