Now Reading
Benarkah ‘Cashback’ Akan Tingkatkan Perbelanjaan?

Benarkah ‘Cashback’ Akan Tingkatkan Perbelanjaan?

Cashback sering menjadi pilihan kerana pengguna akan mendapat pulangan tunai berdasarkan peratus tertentu pembelian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda seorang yang gemar membeli-belah, pasti pernah gunakan fungsi atau aplikasi yang menawarkan ‘cashback’.

Melalui fungsi cashback, pengguna boleh mendapatkan pulangan tunai sekiranya berbelanja. Sesetengah pulangan tunai ini hanya boleh digunakan balik apabila membuat pembelian baharu yang mana ia tidak akan dikreditkan ke dalam akaun bank.

Cashback selalunya boleh didapati apabila menggunakan kad kredit, atau melalui aplikasi seperti ‘Shopback’ dan ‘Fave’. Di platform dalam talian Shopee, cashback diberi dalam bentuk ‘coins’.

Walau bagaimanapun, ganjaran cashback biasanya mempunyai had limit (capped), sebagai contoh tawaran 10% cashback, namun dengan had limit RM5.

Namun begitu, dalam satu hantaran video di laman X (@Adlil_Rajiah), penulis blog Ringgit Oh Ringgit, Suraya, berkata penggunaan alat-alat cashback sebenarnya akan melebihkan keinginan berbelanja. Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan.

Katanya, ramai yang sering berfikir untuk berbelanja lebih, hanya semata-mata untuk mendapatkan cashback yang dianggap sebagai penjimatan.

https://twitter.com/Adlil_Rajiah/status/1743294205991194807

Persoalannya, adakah apa yang dikatakan ini benar?


Cashback Bukan Wang Percuma

Menurut Forbes, cashback adalah peratus tertentu pemulangan tunai yang diterima oleh pengguna apabila melakukan transaksi pembelian.

Peratus cashback berbeza mengikut produk dan penjual yang mana kebiasaannya dalam julat 1% hingga 5%.

Servis cashback bermula pada tahun 1986 apabila kredit kad Discover memperkenalkan konsep tersebut. Kini, hampir setiap pengeluar kad kredit utama menawarkan fungsi cashback sebagai salah satu insentif untuk menarik pelanggan baharu.

Orang ramai harus ambil maklum bahawa cashback bukanlah pemberian tunai secara percuma, tetapi ‘hadiah’ kerana melakukan pembelian atau menggunakan perkhidmatan tertentu.


Cashback Tidak Boleh Digunakan Serta Merta

Menerusi satu laporan oleh The Sydney Morning Herald, ketua penyelidikan pengguna di Finder, Graham Cooke berkata terdapat sedikit kekurangan menggunakan cashback.

Kebiasaannya pengguna harus menunggu tempoh masa yang lama, kadang-kala sehingga 90 hari, untuk mendapatkan cashback tersebut.

Oleh itu, penjimatan yang dianggarkan daripada cashback tersebut tidak berlaku serta merta, sebaliknya akan terpakai dalam perbelanjaan seterusnya.

Malah, pulangan tunai diterima selalunya rendah, menyebabkan pengguna perlu menunggu lama untuk mengumpul jumlah yang lebih banyak.


Bandingkan Harga Dahulu Sebelum Guna Servis Cashback

Selain itu, Cooke berkata bahawa tarikan terhadap cashback boleh membuatkan pengguna berbelanja lebih bagi barangan yang sama.

Contohnya, cashback 2% bagi barangan berharga RM100 akan mendapatkan pulangan tunai RM2, tetapi mungkin terdapat penjual lain yang menjual barangan sama pada harga jauh lebih murah.

Cooke mengingatkan pengguna supaya mempertimbangkan kesemua diskaun di tempat lain sebelum membuat pembelian daripada penjual yang menawarkan cashback.


CashBack Tingkatkan Perbelanjaan

Merujuk kepada topik utama, selamat untuk kami katakan cashback sememangnya boleh meningkatkan perbelanjaan.

Rafi Alam dari kumpulan advokasi pengguna CHOICE berkata servis cashback boleh membuatkan pengguna berbelanja lebih daripada yang dirancang. Perkara ini adalah demi mencapai jumlah pengeluaran minimum cashback.

Rafi menyamakan keadaan ini dengan ‘perangkap’, seperti penjual yang menawarkan penghantaran percuma bagi pembelian melebihi jumlah tertentu.

Satu kajian ke atas servis cashback telah dijalankan menggunakan data 76,296 pengguna dengan lebih tiga juta transaksi perbelanjaan.

Penyelidik mendapati pembayaran cashback mengurangkan masa yang diambil oleh pengguna untuk membuat pembelian tambahan menerusi laman web syarikat cashback.

Ia turut meningkatkan jumlah pembelian. Peningkatkan pemulangan tunai sebanyak $1 (RM4.65) akan meningkatkan kebarangkalian transaksi baharu sebanyak 0.02% dan pembelian $0.32 (RM1.49).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd