Now Reading
Imam Meninggal Dunia Selepas Ditembak Di Luar Masjid Di New Jersey, AS

Imam Meninggal Dunia Selepas Ditembak Di Luar Masjid Di New Jersey, AS

Menurut Pendakwa Raya New Jersey, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti suspek atau punca serangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang imam di Amerika Syarikat disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan selepas ditembak di luar sebuah masjid.

Hassan Shari yang merupakan imam di Masjid Muhammad, Newark, New Jersey sebelum ini dilaporkan ditembak beberapa kali ketika berada di dalam kenderaannya yang diletakkan di luar masjid pada Rabu (3 Januari) sekitar jam 6 pagi.

Suspek masih diburu, motif juga masih disiasat

Pendakwa Raya, Ted Stephens dalam satu sidang media berkata, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti suspek atau punca serangan.

Selain itu pihak berkuasa memaklumkan tiada petunjuk atau bukti bahawa insiden adalah satu jenayah bermotif berat sebelah atau berkait dengan sentimen anti-Islam.

Menurut Pengarah Keselamatan Awam Newark Fritz Fragé, Allahyarham yang merupakan imam di kawasan berkenaan sejak lima tahun lalu sangat dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha untuk menjaga keselamatan di bandar itu.

“Kami merasai kesakitan anda dan kami berjanji untuk menggunakan sumber penuh di sini untuk memastikan jenayah kejam ini diselesaikan,” katanya.

Gabenor New Jersey turut menzahirkan rasa kehilangan di atas pemergian Hassan Shari.

“Doa saya bersama Imam Hassan Sharif,” kata Gabenor Phil Murphy dalam satu kenyataan rasmi.

“Pada ketika ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku atau motif di sebalik kejadian ini, tetapi saya tahu penguatkuasaan undang-undang akan memberikan maklumat terkini mengikut kesesuaian.

“Ketika masyarakat Islam bimbang dengan peningkatan insiden berat sebelah dan jenayah, saya mahu memberi jaminan kepada masyarakat Islam dan semua agama bahawa kita akan melakukan segala-galanya untuk memastikan semua penduduk selamat, terutama di dalam atau berhampiran kita atau rumah ibadat.”

Selain menjadi imam, Hassan Shari difahamkan berkhidmat sebagai pegawai keselamatan pengangkutan (TSO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006.

Meskipun motif penembakan itu masih tidak jelas, ianya terjadi berlaku di tengah-tengah peningkatan laporan ancaman, keganasan dan ucapan kebencian terhadap orang Islam dan Yahudi Amerika Syarikat ekoran tercetusnya perang Palestin-Hamas sejak Oktober lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd