Now Reading
Hanya 32% Rakyat AS Sokong Israel – Tinjauan

Hanya 32% Rakyat AS Sokong Israel – Tinjauan

Tinjauan pendapat oleh penyelidik Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati kebanyakan rakyat di negara Uncle Sam terbabit inginkan Israel melakukan gencatan senjata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum pasti menyededari ketika ini semakin ramai penduduk di seluruh dunia mula menunjukan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin dalam perang yang berlaku di antara tentera Israel dan pejuang Hamas.

Ia susulan kekejaman dan kejahatan rejim Zionis itu yang semakin ketara apabila mereka tanpa henti melakukan serangan udara ke wilayah Semenanjung Gaza sehingga meragut lebih 11,500 nyawa penduduk termasuk kanak-kanak.

Meskipun Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah negara yang sentiasa memihak dan memberi sokongan terhadap Israel, tetapi kini rakyatnya pula dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan.

Baca Artikel Berkaitan: 160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

Baca Artikel Berkaitan:  Joe Biden Disaman Gara-gara Gagal Halang Genosid Di Palestin

Kurang satu pertiga rakyat AS sokong rejim Zionis, menurut selepas tinjauan pada Oktober

Terbaharu memetik Middle Eye, satu kaji selidik yang dijalankan telah mendapati kurang satu pertiga daripada responden (rakyat AS) menyokong Israel.

Tinjauan pendapat (poll) oleh penyelidik Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati kebanyakan rakyat di negara Uncle Sam terbabit inginkan Israel melakukan gencatan senjata.

Keputusan kaji selidik yang diterbitkan kelmarin (15 November) itu mendapati cuma 32% responden memberikan jawapan AS harus menyokong Israel menerusi soalan yang diajukan iaitu ‘apakah peranan yang perlu diambil oleh Washington dalam perang tersebut’.

Ia dilihat menurun berbanding tinjauan pendapat serupa pada Oktober lepas menyaksikan 41% rakyat di negara itu menyokong Zionis dalam konflik Palestin-Israel.

Kajian dilakukan selama 2 hari secara online di seluruh AS

Kajian selama dua hari yang bermula kelmarin itu dilakukan secara dalam talian di seluruh AS untuk mengumpul maklum balas daripada 1,006 orang dewasa di sana.

Keputusan kajian juga mendapati kira-kira 39% responden menyatakan bahawa AS perlu menjadi orang tengah dengan bersikap neutral dalam konflik itu.

68% responden inginkan Israel melakukan gencatan senjata

Sementara itu, sebanyak 68% responden pula bersetuju bahawa Israel perlu mengadakan gencatan senjata dan cuba berunding untuk menamatkan perang tersebut.

Bagaimanapun, gencatan senjata merupakan perkara yang bertentangan dengan pendirian Presiden AS, Joe Biden.

Biden menolak gesaan daripada sebilangan kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan Yahudi serta Palestin dan 120 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru Israel mengadakan gencatan senjata.

Malah, baru-baru ini tular video Biden cuba mengubah topik selepas presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak AS melakukan lebih banyak usaha untuk menoktahkan konflik itu.

Baca Artikel Berkaitan:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd