Now Reading
14 Restoran Di KL & Pulau Pinang Terima Anugerah MICHELIN Bib Gourmand 2024

14 Restoran Di KL & Pulau Pinang Terima Anugerah MICHELIN Bib Gourmand 2024

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penganugerahan Bib Gourmand menggunakan logo “Bibendum” atau “MICHELIN Man” sememangnya tidak asing lagi di kalangan pencinta makanan di serata dunia termasuk di Malaysia.

Sementara menantikan senarai penuh restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2024, MICHELIN Guide baru-baru ini telah mengumumkan beberapa nama restoran yang telah mendapat pengiktirafan Bib Gourmand.

Senarai 14 restoran ini, yang telah melalui proses penilaian terperinci oleh inspektor MICHELIN Guide yang bebas dan dirahsiakan identitinya, telah dipilih kerana menyajikan hidangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.  

Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan restoran Bib Gourmand meningkat kepada 45 restoran yang mana ia menawarkan pengalaman santapan mengagumkan pada harga berpatutan.

Ini jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding pilihan tahun lepas, yang menampilkan 32 restoran makanan ternama. 

Buat anda yang tidak tahu, Anugerah Bib Gourmand ini akan mengiktiraf restoran dan gerai jalanan yang dianggap oleh inspektor MICHELIN sebagai penyedia nilai terbaik dari segi wang dan pilihan sajian yang ditawarkan. Restoran Bib Gourmand menawarkan hidangan pada harga antara $ dan $$, yang termasuk dalam kategori “jimat” dan “tidak begitu mahal”. 

45 restoran Bib Gourmand ini merangkumi pelbagai rangkaian pengalaman kulinari, dengan tumpuan terhadap memberikan nilai cemerlang kepada pelanggan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide, Gwendal Poullennec.

Menurut MiCHELIN guide, restoran yang baru diiktiraf ini memperkaya lagi landskap kulinari tempatan, menampilkan tempat makan yang meriah di kedua-dua kawasan itu.

“Terutamanya di Pulau Pinang, di mana inspektor kami berasa sangat gembira kerana dapat melihat begitu banyak gerai jalanan dan kedai kecil yang mempunyai personaliti mereka tersendiri, makanan yang enak dan menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang berbeza,” kata kenyataan itu lagi.

Difahamkan 14 restoran itu terdiri dari lima kedai di Kuala Lumpur dan 9 di Pulau Pinang. Apa yang menarik ialah, salah satu daripada restoran Pilihan MICHELIN tahun lepas, Sri Nirwana Maju di Kuala Lumpur, telah mendapat pengiktirafan Bib Gourmand.

Berikut adalah restoran terbaru yang menerima anugerah Bib Gourmand:

Kuala Lumpur

Bagi KL, empat restoran adalah dalam kategori Penyertaan Terbaru manakala satu lagi Dinaiktaraf daripada MICHELIN Selected. Ini menjadikan keseluruhan 20 restoran Bib Gourmand di KL kesemuanya dengan tawaran lebih daripada 10 jenis hidangan berbeza.

  • Hor Poh Cuisine
  • Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice
  • Roti by d’Tandoor
  • Sek Yuen
  • Sri Nirwana Maju

Pulau Pinang

Di Pulau Pinang pula, lapan restoran adalah penyertaaan baharu dan satu dinaik taraf dari Michelin Selected menjadikan keseluruhan premis Bib Gourmand di negeri itu meningkat kepada 25 kedai makan. Yang menariknya hampir 50% daripadanya adalah gerai jalanan. 

Kedai-kedai berkenaan adalah:

  • Ah Boy Koay Teow Th’ng
  • Bibik’s Kitchen
  • BM Cathay Pancake
  • Ghee Lian
  • Hot Bowl White Curry Mee
  • My Own Café
  • Penang Road Famous Jin Kor Char Kuey Teow
  • Siam Road Char Koay Teow
  • Sister Yao’s Char Koay Kak

Namun harus diingatkan buat korang yang beragama Islam, semak dahulu status halal kedai berkenaan sekiranya anda berminat untuk mencuba.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd