Now Reading
[Foto] Wanita Ini Hias Kek Dengan ‘Karangan’, Netizen Kagum Lihat Hasil Tangannya

[Foto] Wanita Ini Hias Kek Dengan ‘Karangan’, Netizen Kagum Lihat Hasil Tangannya

Pembuat kek tersebut iaitu Sufie Yana tidak menghadiri sebarang kelas tetapi hanya belajar menulis di atas kek dengan sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau kita tempah kek khas dari pembuat kek, selalunya mesti nak minta hias dengan bunga, fondant atau lukisan cantik-cantik kan?

Lebih-lebih lagi sekarang dengan trend cetak gambar atas kek dan kek Korea yang dihias dengan lukisan comel-comel.

Kalau nak minta pembuat kek tulis pun sekadar ucapan pendek macam ‘Selamat Hari Jadi’ atau ‘Selamat Ulang Tahun’.

Tapi lain pula bagi seorang pembuat kek ini. Sufie Yana berkongsi gambar kek yang dihasilkannya di kumpulan Facebook Geng Hero Dapur.


Hias Kek Dengan Tulisan Tidak Membazir Krim

Berbeza dengan kek lain, Sufie menghias keknya dengan ‘menulis’ karangan. Bukan sahaja tulisannya kemas, malah dekorasi di sekeliling tulisan itu juga cantik.

Katanya, hiasan tersebut mudah dan dirasakan tidak membazirkan krim yang digunakan.

Antara koleksi kek karangan sis. Deko calit-calit je, mudah, nampak cantik dan tak membazir krim.

Pembuat kek, Sufie Yana.

Hantaran yang dimuat naik Sufie itu meraih lebih 6,000 tanda suka dan lebih 700 komen. Dia mengucapkan alhamdulillah dan berterima kasih kepada orang ramai.

Salah satu kek yang dihasilkan oleh Sufie. (Sumber gambar: Facebook Geng Hero Dapur).

Tidak Sertai Kelas, Hanya Belajar Sendiri

Sufie melalui satu komen menjelaskan bahawa tulisan di kek itu menggunakan ‘buttercream’, manakala dekorasi kek dibuat dengan ‘fresh cream’.

Sufie juga memberitahu bahawa dia tidak menyertai sebarang kelas menulis di atas kek, sebaliknya kemahiran itu dipelajarinya sendiri melalui praktis.

Wanita yang berniaga kek di kawasan Langkawi itu turut membuat video menulis di atas kek yang dimuat naik ke akaun TikToknya (@mummysufie).

@mummysufie #cakeart #cakedecorating #cake #kekcantik #langkawikek #keklangkawi #fyplaaah #foryoupageofficiall #2023 #foryou #kekfreshlangkawi #tiktok #cakelangkawi #kekviral ♬ Dreamland – 承利

Netizen Kagum Dengan ‘Skill’ Menulis Atas Kek

Orang ramai sememangnya terpesona dengan kecantikan dan kekemasan tulisan di atas kek oleh Sufie itu. Ramai yang membandingkan dengan diri mereka sendiri yang tidak begitu mahir menulis di atas kek.

Ada juga yang berkata jika dia cuba menghasilkan tulisan sebegitu, pasti perlu mula dari awal semula beberapa kali dan risau tidak cukup ruang untuk menulis.

Seorang netizen turut memuji kejadian kek tersebut sebagai anugerah oleh Allah SWT yang tidak ternilai. Malah katanya juga, mungkin kurang dari seribu dalam satu yang mempunyai kemahiran sebegitu.

Menggelikan hati apabila seorang pengguna Facebook berkata kek perlu ditenung dahulu sebelum dipotong untuk membaca karangan yang ditulis.

Sumber: Geng Hero Dapur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd