Now Reading
[Video] Tiga Keretapi Di KL Dalam Satu Shot, Jurugambar Tunggu 4 Jam Untuk Hasil Foto Menakjubkan

[Video] Tiga Keretapi Di KL Dalam Satu Shot, Jurugambar Tunggu 4 Jam Untuk Hasil Foto Menakjubkan

Imej tersebut menunjukkan tiga jenis kereta api iaitu LRT, KTM komuter dan ERL yang berada di tempat yang sama dalam satu masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Untuk mendapatkan hasil yang luar biasa, seorang jurugambar perlu bersabar dan sentiasa berada dalam mod bersedia.

Fahmie Izwann, seorang jurugambar penuh bakat, telah menghasilkan satu tangkapan gambar yang amat menakjubkan. Gambar tersebut yang dikongsi melalui akaun Instagramnya telah tular di media sosial.

Fahmie berjaya menangkap tiga jenis kereta api di Malaysia dalam satu tangkapan gambar iaitu dari jenis Light Rapid Transit (LRT), komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Express Rail Link (ERL).

Di samping itu, imej itu turut merangkumi landasan Mass Rapid Transit (MRT), menjadikan keseluruhan empat landasan dalam satu tangkapan.

Perkara ini sekaligus menunjukkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang kagum dan menyeluruh.

Namun begitu, untuk mendapatkan hasil tersebut bukanlah sesuatu yang mudah buat jurugambar itu.


‘Disidai’ 4 Jam Sebelum Berjaya Menangkap Gambar

Melalui ruangan komen, dia ditanya oleh seorang individu tentang tempoh masa yang diambilnya untuk mendapatkan shot ketiga-tiga kereta api itu dalam satu tangkapan gambar.

Menurutnya, dia ‘disidai’ sekurang-kurangnya empat jam untuk mendapatkan hasil sedemikian.

Lebih menarik lagi, foto tersebut ditangkapnya bukan menggunakan kamera profesional, tetapi dengan telefon pintar jenis Honor 90 yang mempunyai kamera dengan 200 MP.

Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa seseorang tidak semestinya memerlukan peralatan fotografi yang khusus untuk menghasilkan karya yang menakjubkan.

Sebaliknya, ia terletak pada mata jurugambar dan kesabarannya untuk menunggu detik yang sempurna.

Selain dari gambar tersebut, dia juga berjaya menangkap foto dua kereta api ERL berlainan arah berada dalam keadaan sebelah-menyebelah.

Sumber: Instagram @fahmieizwann


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd