Now Reading
5 Kafe Di Lembah Klang Yang Korang Boleh Pergi Untuk ‘Remote Working’

5 Kafe Di Lembah Klang Yang Korang Boleh Pergi Untuk ‘Remote Working’

Jom ke kafe-kafe ini kalau korang nak bekerja selain daripada di rumah atau pejabat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pandemik COVID19 yang berlaku sebelum ini telah mengubah pelbagai aspek hidup kita secara drastik. Salah satunya, adalah pilihan bekerja dari rumah atau work-from-home (WFH) yang kini menjadi kebiasaan. Walaupun fleksibiliti ini memberi banyak kebaikan, sesetengah orang mungkin merasakan ia kurang produktif.

Malah, ramai yang boleh memberi lebih fokus terhadap kerja jika melakukannya selain di rumah atau pejabat. Oleh itu, senarai kafe yang sesuai untuk WFH amat diperlukan dan boleh membantu korang membuat pilihan yang terbaik.

Lembah Klang menempatkan pelbagai kafe-kafe yang ternama. Di kafe-kafe ini, korang bukan sahaja boleh bekerja dengan bagus, tetapi boleh juga melepak dengan rakan-rakan sambil membuat kerja.

Jom, siapkan bag laptop dan buku nota korang sementara kami memperkenalkan beberapa kafe di sekitar Lembah Klang. Mana tahu kalau kafe-kafe ini jadi tempat kegemaran korang lepas ini!

1. Hiatari Cafe

The Rakyat Post

Hiatari Cafe dibina untuk mereka yang meminati seni bina bangunan cantik. Tingkapnya yang berkilat dan pemandangan memukau pasti akan buat korang rasa gembira.

Di sebalik fizikalnya yang menenangkan, Hiatari juga menawarkan pelanggannya keselesaan dan privasi. Setiap meja dilengkapi dengan soket elektrik (plug AC), ruang bekerja luas dan wifi yang kuat.

Kafe yang mempunyai dua tingkat itu turut membahagikan kumpulan individu gemar bersosial dengan yang menghargai ketenangan ketika bekerja. Kalau korang tak kisah dengar orang bersembang, bolehlah duduk di tingkat bawah. Tetapi kalau korang inginkan privasi, tingkat atas lebih sesuai terutamanya ketika waktu kafe tidak sibuk.

The Rakyat Post

Hiatari juga menyediakan antara hidangan Barat yang terbaik!

Alamat: Lot C109, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. 

Waktu operasi: 11:30 am – 7 pm (Isnin hingga Jumaat), 11:30 am – 5 pm (Sabtu), dan 9 am – 5 pm (Ahad).

Facebook Instagram

2Moontree House 

The Rakyat Post

Seperti Hiatari Cafe, antara daya tarikan Moontree House adalah ketenangan yang ditawarkan. Walaupun berada di tengah bandar Kuala Lumpur, Moontree menjadi ruang untuk pelanggan lari sebentar daripada hiruk-pikuk bandar. Di sini, pelanggan boleh fokus berfikir sambil bekerja.

Malah, kafe ini juga memberi pelanggan rasa seolah-olah berada di rumah dengan elemen seni binanya yang ringkas dan ketenangannya. Ia juga mempunyai perpustakaan mini untuk bacaan pelanggan dan bagi mendapatkan inspirasi. Namun, pilihan buku yang disediakan hanya dalam bahasa Cina.

The Rakyat Post

Memandangkan Moontree hanya menyediakan makanan ringan (finger food), lebih baik kalau korang makan dahulu sebelum ke sini.

Alamat: No.6, 1st Floor, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 am – 7 pm (Ahad – Jumaat). Tutup pada hari Selasa.

Facebook / Instagram

3. Breathing Space

Foursquare/ Vincent T

Kalau korang mahukan persekitaran yang lebih meriah, Breathing Space yang teletak di SS2, Petaling Jaya adalah lebih sesuai. Berbeza dengan kebanyakan kafe lain, Breathing Space menyediakan pelanggan dengan suasana bekerja seperti di bar (bar-like working atmosphere) yang lebih santai.

Sebaik sahaja masuk ke kafe, korang akan disambut dengan lagu-lagu bergenre blues. Kafe ini juga menyediakan pelbagai pilihan kopi dan pastri, namun ia turut menjual minuman beralkohol.

Instagram/ magmagchy

Seperti namanya, Breathing Space benar-benar menenangkan fikiran pelanggan dengan ruangnya yang luas dan minimalistik.

Alamat: 135A, Jalan SS 2/6, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi9: 30 am – 10:30 pm (Ahad – Jumaat). Tutup pada hari Khamis.

Instagram

4. Tujoh Cafe

The Rakyat Post

Terletak di kawasan kediaman Seksyen 17, Petaling Jaya, Tujoh Cafe adalah antara kafe moden pertama yang dibuka di sana. Malah, kebanyakan kedai di sana masih merupakan kopitiam tradisional, menyebabkan Tujoh menjadi daya tarikan terhadap penduduk tempatan.

Tujoh juga memberikan keterujaan melalui pilihan hidangannya yang berubah-ubah. Walaupun menyediakan banyak pastri dan makanan kebiasaan seperti di kafe lain, Tujoh turut menyediakan hidangan tradisional dari masa ke masa.

The Rakyat Post

Sama ada kek Taro atau Ayam Penyet, Tujoh tidak pernah gagal untuk membuat pelanggan meneka hidangannya! Sudah tentu persekitarannya yang meriah juga sesuai untuk korang belajar atau melakukan kerja.

Alamat: 617, Jalan 17/10, Section 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11 am – 10 pm (Ahad – Khamis) dan 11 am – 12 am (Jumaat & Sabtu).

Facebook / Instagram

5Baiwago Plus Cafe

The Rakyat Post

Yang terakhir dalam senarai kami adalah Baiwago Plus Cafe yang terletak di Puchong. Sejak dibuka pada tahun 2016, Baiwago Cafe terkenal dengan pelbagai pilihan roti dan kuih-muih. Dari ban roti yang segar dibakar sendiri hingga ke kek mousse, bakeri ini menjadi syurga bagi penggemar pastri.

Bukan aroma rotinya sahaja yang akan membuatkan korang rasa nak duduk di sana, Baiwago Cafe juga menyediakan suasana menenangkan untuk pelanggannya melalui pilihan muzik santai dan perabot yang selesa. Pemandangan dari tingkapnya juga memberikan suasana yang tenang.

The Rakyat Post

Apa yang paling menariknya, Baiwago Cafe beroperasi sehingga jam 2 pagi! Namun begitu, kekuatan wifinya agak kurang stabil.

Alamat:  No.43, Jalan Kenari 17c, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor. 

Waktu Operasi: 6 am – 2 am (Ahad – Sabtu).

Facebook / Instagram


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd