Nancy Shukri Janji Akan Melihat Semula Prosedur Pusat Krisis Berkenaan Kes Rogol
Seorang pengguna Twitter mendakwa terdapat mangsa rogol dihalang akses ke One Stop Crisis Centre.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri telah membalas laporan terkini oleh seorang mangsa rogol yang mendakwa tidak mendapat pertolongan yang diperlukan dari sebuah hospital.
Dia berterima kasih individu tersebut yang berkongsi pengalaman pahit tersebut dan berkata bahawa dia akan mengesahkan prosedur semasa berkenaan One Stop Crisis Centre (OSCC).
OSCC merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan di semua Jabatan Kecemasan dan Trauma fasiliti kesihatan kerajaan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga, serangan seksual, serta penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Dia juga berkata bahawa prosedur tersebut penting untuk melindungi kesejahteraan mangsa, memandangkan mereka telah melalui trauma dan pendedahan.
Thank you for shedding light on this issue. I will make sure to verify the current procedure regarding OSC. Personally, I strongly feel that it is crucial for procedures to prioritize the well-being of victims, considering the immense trauma and vulnerability they experience. https://t.co/NgMhuhmKT6
— Nancy Shukri (@NancyShukri) July 6, 2023
Mangsa Rogol Dinafikan Pemeriksaan Kesihatan Kerana Tidak Membuat Laporan Polis
Nancy membalas beberapa ciapan oleh seorang pengguna Twitter (@serenespaghetti). Di dalam bebenang, dia berkata telah menerima panggilan telefon daripada seorang rakan pada 5 Julai. Rakannya itu memaklumkan bahawa seorang lagi rakan mereka telah menjadi mangsa rogol dan mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Dia mengambil keputusan untuk membantu mereka dan menghubungi Women’s Aid Organization (@womensaidorg) bagi meminta pertolongan. Mereka memberitahunya bahawa mangsa rogol harus pergi ke hospital terdekat secepat mungkin untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, terutamanya pemeriksaan kit rogol.
Mereka berkata mangsa perlu ke bahagian kecemasan dan minta untuk dibawa ke unit OSCC di mana terdapat doktor, anggota polis dan ahli psikologi bersedia untuk membantu.
Walau bagaimanapun, apabila mangsa tiba di hospital malam itu, kakitangan menghalang mereka memasuki OSCC kerana mereka tidak membuat laporan polis. Mereka diminta untuk melaporkan kejadiaan itu di balai polis terlebih dahulu sebelum kembali ke hospital.
Oleh kerana Serene tidak berada di sana secara fizikal, dia terpaksa berhujah melalui telefon supaya kakitangan hospital membenarkan mangsa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Hal ini adalah kerana jika pemeriksaan tersebut dilambatkan, bukti kejadian rogol boleh terhapus. Mangsa kemudiannya dibenarkan masuk.
Namun begitu, mangsa mendakwa tidak menerima pemeriksaan kesihatan serta-merta, tetapi cuma diberi pil pencegah kehamilan dan antibiotik untuk mencegah penyakit kelamin. Tiada anggota polis atau ahli psikologi yang hadir ketika itu.
Serene berkata pengalaman tersebut amat mengecewakan dan memenatkan. Dia menekankan bahawa orang ramai diberitahu supaya tidak mandi atau membersihkan diri jika dirogol untuk mengekalkan bukti di badan mereka.
Serene mempersoalkan jika mangsa perlu membuang masa dihantar ke balai polis untuk memperceritakan semula pengalaman penuh trauma sebelum diberikan perhatian perubatan.
Dia turut mempersoalkan tujuan OSCC jika mangsa diminta untuk ke beberapa tempat berasingan untuk mendapatkan bantuan. Ciapan olehnya telah tular dan mendapat 613.5 ribu ‘views’ ketika artikel ini ditulis.
Trigger warning: Rape
— serene (@serenespaghetti) July 6, 2023
Last night someone called me for help with their friend who was raped. Clueless on what to do, I called @womensaidorg. The person on the phone instructed me that the victim should be brought to the hospital as soon as possible for a medical exam. 1/
Dalam kes ini, seorang pengguna membalas di ruangan komen bahawa ia bukan disebabkan oleh prosedur OSCC tidak bagus, tetapi kakitangan hospital yang bertugas ketika itu.
Seorang pengguna Twitter lain (@natasyajack) menyatakan bahawa prosedur OSCC menjalaskan bahawa jika mangsa masih belum membuat laporan polis, mereka tidak harus diminta ke balai polis untuk perkara itu. Sebaliknya, mereka sepatutnya membuat laporan polis di OSCC itu sendiri atau mengisi Borang POL59 jika laporan polis tidak tersedia ketika itu.
hi! just to share that this is definitely an incompetence or lack of training from the hcw/hospital staffs side! this is what the official protocol of OSCC from MOH looks like. u could see that multiple times were emphasized that ‘survivors are NOT be sent to the police station’ pic.twitter.com/hJZj6aXV9r
— natty (@natasyajack) July 6, 2023
Beberapa pengguna lain di ruangan komen meminta Serene untuk menyatakan nama hospital terbabit supaya tindakan yang sepatutnya boleh diambil. Namun begitu, Serene enggan melakukan demikian atas sebab keselamatan.
Pada masa yang sama, dia menjamin bahawa maklumat tersebut telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa berkaitan seperti Nancy.
Thank you, YB. The protocols look great on paper but the implementation is poor. Hospitals and police don’t seem to know what the proper protocol is. I will not publicly disclose the exact hospital as I do not want it to be traced back to the victim, but I was told you are aware. https://t.co/WIvU7hrNrw
— serene (@serenespaghetti) July 7, 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.