Now Reading
Tular Maki Pegawai PDRM Berpangkat Lans Koperal, ‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja

Tular Maki Pegawai PDRM Berpangkat Lans Koperal, ‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini terdapat dua kertas siasatan dan enam kertas siasatan disiplin dibuka ke atas pegawai polis wanita itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pegawai polis wanita yang telah tular beberapa hari lepas atau lebih dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ telah ditahan kerja sejak minggu lalu bagi tujuan melengkapkan siasatan ke atas beberapa insiden kekecohan yang dilakukannya, lapor Buletin TV3.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Polis juga telah mengambil rakaman kenyataan oleh pegawai polis wanita tersebut pada 18 Jun yang lepas.

Kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Pada masa sama, enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata insiden tersebut harus dibenarkan untuk dikendalikan oleh pihak polis yang mempunyai kaedah dan mekanisme jelas dalam menghadapi perilaku ketidaktenteraman persepsi.


Polis Terima Laporan ‘Inspektor Sheila’ Cetus Kekecohan

‘Inspektor Sheila’ mulai dikenali ramai apabila tular video dia mencemuh pegawai polis berpangkat lans koperal di Medan Selera Lebuh Utama, Taman Sri Gombak. Sebuah laporan polis telah dilakukan oleh pegawai polis berkenaan.

Pegawai polis wanita itu telah dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi memberikan keterangan berhubung kejadian terbabit.

‘Inspektor Sheila’ kemudiannya menjadi bualan ramai sekali lagi apabila tular klip video dia merakam dan mengganggu seorang individu di kawasan tempat meletak kenderaan. Menurut laporan polis yang diterima, insiden tersebut telah berlaku di sebuah pusat beli-belah di Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tiidak lama kemudian, sebuah lagi klip video yang memaparkan pegawai polis wanita itu mencaci seorang pegawai berpangkat lans koperal di balai polis Seri Petaling telah tular.

Dalam video berdurasi 40 saat itu, ‘Inspektor Sheila’ dilihat sedang duduk di kaunter dan mengabaikan permintaan pegawai tersebut serta meninggikan suara terhadapnya.

Apabila pegawai tersebut ingin menjelaskan kehadirannya, ‘Inspektor Sheila’ serta-merta memintanya untuk memanggil pegawai atasan untuk bercakap dengannya. Seperti dalam insiden pertama, dia memperlekehkan pangkat lans koperal yang dipegang oleh pegawai terbabit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd