Now Reading
Ibu Luah Pengalaman Buruk Hantar Anak Ke Tadika, Ibu Lain Kongsi Tadika Cina Lebih Bagus & Prihatin

Ibu Luah Pengalaman Buruk Hantar Anak Ke Tadika, Ibu Lain Kongsi Tadika Cina Lebih Bagus & Prihatin

Menurut seorang ibu, guru di tadika Cina akan sentiasa berurusan dengan ibu bapa mengenai apa sahaja perkara membabitkan anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang ibu, Cik Lara berkongsi di Twitter mengenai anaknya yang dipenuhi kesan contengan pen marker di kaki dan tangan. Anaknya yang dihantar ke sebuah taska turut pernah digigit sehingga berdarah.

Cik Lara juga berkata anaknya juga pernah diberi makan makanan ringan di taska tersebut. Malah, setiap kali mengambil anaknya, dia mendapati anaknya kelaparan seolah-olah tidak diberi makan di tadika.


Ibu Kongsi Pengalaman Hantar Anak Ke Tadika Cina

Berikutan itu, pengguna Twitter lain, Sarini Zainal berkongsi pengalaman menghantar anaknya ke sebuah tadika Cina.

Menurutnya, cikgu di tadika tersebut akan sentiasa bertemu dengan ibu bapa anak-anak dan tidak akan mengelak daripada mereka.

Jika kanak-kanak digigit nyamuk sekalipun, cikgu pasti akan memaklumkan kepada ibu bapa dan meminta maaf.

Selain itu, kanak-kanak yang kelihatan mengantuk akan diizinkan cikgu untuk tidur. Cikgu juga akan memesan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mendapat tidur yang mencukupi.

Sewaktu hendak pulang, cikgu turut memberi pesanan kepada kanak-kanak supaya mendengar cakap ibu di rumah.


Bos Tadika Cina Pemegang PhD Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Menurut Sarini, terdapat ramai cikgu berbangsa Melayu di tadika tersebut. Mereka berkata majikan sangat tegas dan amat mengutamakan kanak-kanak serta ibu bapa.

Malah, majikan mereka juga mempunyai PhD dalam pendidikan awal kanak-kanak dan membuka taska dengan ilmu dalam bidang tersebut.

Di samping itu, Sarini berkata sekolah akan menyediakan sebuah khemah khas VIP untuk ibu bapa ketika hari sukan. Khemah tersebut siap dilengkapi dengan ruangan menyusu untuk para ibu.

Cikgu-cikgu pula akan berada di tepi padang bersama kanak-kanak. Makanan yang disediakan adalah makanan berkhasiat yang sesuai untuk kanak-kanak.


Pengguna Twitter & Cikgu Tadika Kongsi Pengalaman Dengan Tadika Cina

Netizen rata-rata bersetuju dengan perkongsian oleh Sarini. Pengguna Twitter, iqaAckerman berkongsi dia tidak perlu turun daripada kereta kerana cikgu yang akan membuka pintu dan menjemput anaknya keluar.

Paul Tan, pemilik laman web paultan.org, berkata cikgu terus memberitahunya apabila anaknya menconteng tangan dan pakaiannya ketika sesi kelas.

Tadika Cina juga dikatakan lebih prihatin bab makanan. Hasseena berkongsi di Twitter bahawa adiknya yang dihantar ke tadika Cina tidak dibenarkan membawa air manis. Malah, baju adiknya kekal bersih dan kemas sehingga waktu balik sekolah.

Seorang cikgu tadika berkata mereka dilatih untuk bertindak seperti yang dikongsi oleh Sarini. Perkara ini adalah demi memastikan ibu bapa berasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Cikgu-cikgu memberi sepenuh jiwa dalam menjaga kanak-kanak di tadika, serta turut menjaga pemakanan, mengajar menggunakan tandas, bermain dan memastikan kanak-kanak tidur.

Seorang pengguna lain berkata gaji cikgu yang dibayar juga berpatutan. Dia dibayar RM1,400 sebulan untuk kerja separuh hari dari pagi hingga jam 2pm.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd