Now Reading
[Video] Suami Nyaris Digilis Van Selepas Isteri Hidupkan Enjin Dari Luar Kenderaan

[Video] Suami Nyaris Digilis Van Selepas Isteri Hidupkan Enjin Dari Luar Kenderaan

Pemillik akaun TikTok menerusi ruangan kapsyen juga menasihati agar orang ramai tidak menghidupkan enjin kenderaan manual dari luar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Pantang maut sebelum ajal”

Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki nyaris digilis van.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat tindakan isterinya yang menghidupkan enjin van terbabit dari bahagian luar kenderaan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok akaun @aslam_gamers, kelihatan sebuah van jenis Nissan Vanette berwarna putih diparkir di tepi sebuah jalan.

Suami duduk melutut di bawah van, isteri datang hidupkan enjin

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki menghampiri van tersebut dan meletakkan barang di dalam van sebelum duduk melutut seakan ingin melihat atau mengambil sesuatu dari bahagian bawah kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba isterinya yang datang dari arah hadapan kenderaan terus menghidupkan enjin tanpa memasukinya menyebabkan van tersebut bergerak secara berundur.

Suami sempat elak, tiada kecederaan serius berlaku

Nasib menyebelahi suaminya apabila lelaki tersebut sempat mengelak daripada digilis van sekaligus tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Pada masa yang sama, pemillik akaun TikTok itu juga menerusi ruangan kapsyen menasihati agar orang ramai tidak menghidupkan enjin kenderaan manual dari luar.

“Jangan sesekali ‘start’ kereta manual dari luar kereta,” tulisnya.

Raih pelbagai reaksi netizen

Menjengah di ruangan komen, video berdurasi 26 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Malah segelintir netizen juga mengakui akan memarahi isteri mereka sekiranya perkara yang sama berlaku.

Pun begitu, punca sebenar isterinya bertindak menghidupkan enjin van berkenaan dari luar kenderaan tidak diketahui, berkemungkinan juga atas arahan suaminya.

Apa-apa semoga urusan mereka dipermudahkan dan jadikan video ini sebagai pengajaran buat yang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd