Anak Dibuli Pada Hari Pertama Persekolahan, Bapa Ini Luah Rasa Kecewa
Menurut seorang bapa dikenali sebagai Aszwan, rakan sekelas kepada anaknya telah mengugut untuk memotong beg menggunakan gunting selain jelir lidah ke arah murid perempuan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) telah bermula pada 10 Mac. Susulan persekolahan yang telah dibuka semula, para murid menunjukkan pelbagai reaksi tentang penerimaan mereka selepas kembali ke sekolah.
Walaupun ada yang menangis dan bersedih, tetapi ramai juga teruja sehingga tidak mahu meninggalkan sekolahnya. Seperti terdahulu, seorang kanak-kanak darjah satu yang terlalu gembira ke sekolah terpaksa dipujuk oleh ibu untuk pulang.
Murid lelaki dikenali sebagai Harraz itu dilihat menarik tangan si ibu ke arah sekolah seolah-olah dia enggan balik ke rumahnya.
Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]
Murid Perempuan Diugut Oleh Rakan Sekelas
Namun begitu, momen kembali ke sekolah bukanlah satu pengalaman manis buat segelintir murid. Seperti sebelum ini, tular satu foto di platform media sosial menyaksikan baju uniform sekolah digunting dipercayai oleh rakan sekelas.
Menerusi hantaran di laman X (Twitter @quelysir), seorang bapa dikenali sebagai Aszwan juga berkongsi perkara yang terpaksa dilalui oleh anak perempuannya bernama Lily ketika di sekolah.
Jelas Aszwan, Lily telah mengadu kepada isterinya bahawa terdapat rakan sebaya yang mengugut untuk memotong beg Lily menggunakan gunting, mengambil alat tulis sesuka hati sambil jelir lidah ke arah murid perempuan tersebut.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada hari pertama persekolahan.
Ibu Jumpa Dengan Rakan Sekelas Yang Kacau Anak
Oleh disebabkan sikap murid-murid lain yang berkasar dengan anaknya, isteri kepada Aszwan telah berjumpa sendiri dengan kanak-kanak berkenaan selain meminta guru Lily untuk menukarkan tempat duduk lebih jauh.
Tambah Aszwan, sekiranya perkara sebegitu masih lagi berlaku selepas ini, dia akan berjumpa dengan ibu bapa murid-murid tersebut pula untuk mengambil tindakan lanjut.
Baru jer jd kat Lily semalam. Dia komplen ade budak ugut dia nak gunting bag lily, jelir lidah, amik stationary lily suka hati. Arini wife aku pergi mengadap budak tu. Pm ticer suruh tukar seat dgn budak lain. Kalau jadi lagi, aku mengadap parent budak tu! Kecik2 dah jahat! https://t.co/1pJoagr0gF
— Aszwan R (@quelysir) March 12, 2024
Netizen Berang Murid Darjah 1 Sudah Pandai Membuli
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat berang dengan tingkah laku anak kecil yang semakin menormalisasikan kelakuan buli di sekolah.
Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet yang bersetuju dengan tindakan pantas ibu untuk berjumpa dengan pembuli.
“Saya setuju macam ni. Adik saya pernah kena ejek oleh kawan, abah saya terus ke sekolah beritahu cikgu. Tindakan parents saya buat macam tu memang selamatkan adik. Adik saya tak terkesan sangat dengan insiden, belajar lepas itu pun boleh fokus,” jelas seorang wanita.
Malah ramai juga individu yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah terjadi kepada keluarga serta anak mereka sebelum ini.
“Masa darjah 1 anak saya kena ugut dengan kawan sekelas untuk bagi duit belanja atau dia (pembuli) nak report cikgu kata my son curi duit dia. Saya pergi sekolah, cari budak tu dan bagi warning nak bawa pergi polis jika dia buat lagi. Lepas itu, dia berhenti (membuli),” ujar seorang wanita.
Faktor Kes Buli Di Sekolah Berlaku
Kes buli di insitusi pembelajaran dilihat semakin menjadi-jadi. Terdahulu, seorang pelajar telah menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.
Hasil siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati punca kejadian buli disebabkan tindakan mangsa menasihati seorang daripada kumpulan berkenaan agar berhenti menonton video lucah.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MRSM : Tegur Rakan Tonton Video Lucah Punca Mangsa Dibuli
Menurut Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Tingkah Laku Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali terdapat beberapa punca kes buli berlaku. Antaranya:
- Ketidaktentuan status sosial.
- Faktor miskuliniti.
- Konflik keluarga.
- Pengaruh rakan sebaya.
- Kelemahan pengurusan emosi serta tahap.
- Pengetahuan yang rendah mengenai tingkah laku buli.
Mengulas lanjut, Kementerian Pendidikan (KPM) turut menjelaskan bahawa pihak mereka tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.
Buat mana-mana sekolah di bawah KPM yang terlibat dengan kes buli, aduan kes boleh disalurkan melalui talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel adubuli@moe.gov.my atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 Remaja Ditahan Polis Selepas Belasah Kanak-kanak 8 Tahun Di Masjid
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram