Penerbit & Pengarah ‘Mentega Terbang’ Bakal Didakwa Pada Rabu
Penerbit filem, Tan Meng Khai, telah menerima satu notis mahkamah yang memintanya supaya hadir bagi berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Filem ‘Mentega Terbang’ sebelum ini telah mencetuskan kontroversi kerana kandungannya yang dikatakan bertentangan dengan akidah dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Terkini, penerbit dan pengarah filem tersebut dilaporkan akan didakwa di mahkamah esok (17 Januari 2023) atas tuduhan melakukan kesalahan berkaitan agama.
Berdasarkan satu notis yang dihantar kepada penerbit filem, Tan Meng Khai, dia diminta hadir ke mahkamah bagi berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan sesuatu dengan niat hendak melukakan perasaan agama seseorang.
Selain Tan, pengarahnya, Khairi Anwar, difahamkan akan turut didakwa atas tuduhan tersebut, lapor MalaysiaKini.
Mereka sebelum ini telah disoal siasat oleh pihak polis berkenaan isu filem tersebut tahun lepas.
Jika disabit kesalahan, pelaku akan dihukum penjara sehingga satu tahun, denda, atau kedua-duanya.
Kehidupan Selepas Kematian Antara Persoalan Filem
‘Mentega Terbang’ mengisahkan tentang seorang remaja perempuan, Aishah yang bergelut dengan persoalan tentang kehidupan setelah kematian dan cuba mencari jawapan berdasarkan agama selain anutannya.
Persoalan tersebut bangkit kerana ibunya menghadapi kanser pankreas yang tidak dapat dirawat.
Baca Artikel Berkaitan: Filem Mentega Terbang Buka Minda Masyarakat Tentang Kehidupan Selepas Meninggal
Tayangan perdana filem tersebut telah berlangsung pada tahun 2021 sebelum dimuat naik ke platform penstriman Viu.
Filem ‘Mentega Terbang’ Diharamkan
Namun begitu, kontroversi berkaitannya tercetus pada 2023 apabila beberapa kumpulan konservatif membuat aduan bahawa ‘Mentega Terbang’ seolah-olah menggalakkan murtad.
Berikutan dengan itu, filem itu telah diharamkan pada September tahun lepas. Keputusan ini sedang dicabar di mahkamah oleh kedua-dua Khairi dan Tan.
Baca Artikel Berkaitan: Filem Mentega Terbang Tidak Dibenarkan Ditayangkan Di Malaysia
Malah, Khairi dan pelakon Arjun Thanaraju turut menerima ancaman bunuh dan kereta mereka dirosakkan ketika kemuncak kontroversi tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Lu Dengan Family Mesti Mati” – Pengarah & Pelakon Mentega Terbang Didakwa Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Asid
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.