Stres, Masalah Berat Badan & 3 Lagi Punca Haid Kerap Datang Lambat
Antara petanda jika seseorang wanita lewat datang haid adalah keguguran rambut, sakit kepala dan tumbuh jeragat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Apabila berbicara tentang haid dalam kalangan wanita, pasti akan ada pelbagai pengalaman berbeza untuk setiap orang.
Ada yang akan ‘period pain’ setiap kali datang haid dan ada pula kerap mengalami emosi tidak stabil seperti mahu marah atau menangis tanpa mengetahui sebabnya. Maklumlah, hormon ketika tempoh haid memang seperti ‘roller coaster’.
Umum sedia maklum, wanita yang sihat akan mengalami kitaran haid antara 21 sehingga 35 hari. Namun, segelintir wanita berdepan situasi di mana mereka kerap ‘period’ lambat. Kenapa ya?
Doktor Kesihatan Beri Penjelasan Tentang Gejala Dan Punca Seseorang Wanita Datang Haid Lambat
Keadaan di mana seseorang wanita yang lewat datang haid semestinya membimbangkan sesetengah pihak kerana risau ia melibatkan sebarang masalah kesihatan dalaman.
Antara petanda atau gejala jika seseorang lewat datang haid adalah seperti:
- Jeragat
- Keguguran rambut
- Sakit kepala
- Perubahan pada penglihatan
- Kesakitan pada bahagian pelvis
- Tumbuh bulu muka yang berlebihan
Disebabkan masalah ini sering menjadi kerisauan para wanita, seorang doktor kesihatan tampil memberi penjelasan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan) tentang punca yang menyebabkan keadaan tersebut.
Antaranya:
1. Punca Lewat Datang Haid: Faktor Tekanan
Faktor tekanan ini boleh berpunca daripada perubahan gaya hidup atau bebanan kerja yang berisiko membuatkan anda terlampau stres sehingga menganggu kitaran menstruasi.
Apabila seseorang terlalu tertekan, hormon Gonadotropin-Releasing (GnRH) kurang dihasilkan dan boleh menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi.
2. Punca Lewat Datang Haid: Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) ini merupakan keadaan di mana tubuh badan wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki iaitu Androgen.
Sista (cyst) yang tumbuh pada ovari disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini mampu mengakibatkan ovulasi terjejas atau berhenti.
3. Punca Lewat Datang Haid: Pil Pencegah Kehamilan
Pil pencegah kehamilan yang diambil juga boleh menjadi sebab kitaran haid seseorang terganggu kerana ia mengandungi hormon Estrogen dan Progestin yang berfungsi untuk menghalang ovari daripada melepaskan telur.
Haid wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan ini akan kembali normal dalam tempoh kira-kira sehingga enam bulan selepas berhenti pengambilan pil tersebut.
Selain pengambilan pil pencegah kehamilan, kaedah lain seperti penggunaan implan dan suntikan juga berisiko untuk menyebabkan wanita lambat haid.
4. Punca Lewat Datang Haid: Pengambilan Ubat-ubat Tertentu
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat sawan, ubat untuk merawat masalah kemurungan dan sebagainya turut berisiko untuk melambatkan kitaran haid wanita.
5. Punca Lewat Datang Haid: Masalah Berat Badan
Masalah berat badan melibatkan Anorexia Nervosa, Bulimia dan obesiti juga boleh menjadi punca seseorang wanita lambat datang haid.
Bagi mereka yang mempunyai berat badan di bawah 10% daripada berat normal mengikut BMI, ia mengakibatkan perubahan fungsi tubuh badan serta menghentikan proses ovulasi.
Manakala individu yang mempunyai berat badan berlebihan pula akan mengalami gangguan hormon.
Masalah ini boleh diatasi dengan cara mengamalkan amalan pola pemakanan yang sihat serta melakukan senaman secara berkala bagi mengembalikan semula berat badan yang normal.
'PERIOD' LAMBAT DATANG?
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) May 28, 2023
Ini mungkin puncanya!
Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari, bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehingga menopaus.
Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21 ke 35 hari bagi setiap kitaran. pic.twitter.com/Rtqn9m2e2y
Sekiranya anda sering berdepan dengan masalah haid datang lewat, usah panik. Sebaiknya, segera berjumpa dengan doktor demi menjaga kesihatan diri anda.
BACA JUGA: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya
BACA JUGA: Kementerian Sumber Manusia Bakal Pertimbang Cuti Haid Untuk Pekerja Wanita
BACA JUGA: Mufti Dedah Status Sebenar Jika Air Tercemar Dengan Darah Haid
Apa Itu Kitaran Haid?
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala secara semulajadi yang berlaku dalam sistem reproduktif wanita melibatkan organ rahim dan ovari.
Proses kitaran haid yang berlaku pada setiap bulan ini melibatkan tiga fasa iaitu:
- Fasa Folikular
- Fasa Pengovulan
- Fasa Luteum
Pada setiap bulan, salah satu ovari akan mengeluarkan telur ketika proses ovulasi. Ketika itu juga, perubahan hormon akan menyediakan rahim untuk sebarang potensi berlakunya kehamilan.
Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, maka lapisan rahim akan digugurkan melalui faraj dan menyebabkan berlakunya haid dalam kalangan wanita.
Kitaran haid dianggap tidak normal apabila ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari.
Macam mana nak kita tempoh kitaran haid? Caranya adalah dengan mengira tempoh dari hari pertama anda haid sehingga anda mengalami ‘period’ pada bulan akan datang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.