Hari Raya AidilAdha bertujuan untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Tuhan dan menandakan berakhirnya musim haji di Mekah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman membuat pengumuman semalam (29 Jun) bahawa sambutan Hari Raya AidilAdha di Malaysia akan berlangsung pada Ahad, 10 Julai.
Setiap kalendar Islam bermula dengan kemunculan bulan sabit yang pertama kali dilihat di langit pada waktu malam. Dalam Islam, kemunculan bulan sabit ini dipanggil sebagai Hilal dan ianya hanya boleh dilihat selepas fasa bulan baru.
Bulan Sabit juga dikenali sebagai Anak Bulan di Malaysia
Berikutan pihak berkuasa Islam Malaysia tidak melihat Anak Bulan awal petang semalam (29 Jun), maka bulan Zulhijjah tahun 1443 dalam kalendar Islam Hijrah akan jatuh pada hari Jumaat (1 Julai).
Hari Raya AidilAdha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji adalah berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut selepas berakhirnya bulan puasa Ramadan.
Hari Raya AidilAdha bertujuan untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Tuhan dan menandakan berakhirnya musim haji di Mekah. Ia disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun kira-kira 70 hari selepas Ramadan.