Now Reading
Berniat Untuk Lakukan Ibadah Korban? Ini Antara Perkara Sunat Yang Dianjurkan Dalam Islam

Berniat Untuk Lakukan Ibadah Korban? Ini Antara Perkara Sunat Yang Dianjurkan Dalam Islam

Mereka yang ingin melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut dan bulu pada badan sehingga selesai proses penyembelihan.

sunat tak potong kuku untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 10 hingga 13 Zulhijjah mengikut kalendar Islam.

Perayaan yang disambut oleh umat Islam pada bulan terakhir dalam kalendar Hijriah adalah sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan untuk mematuhi perintah Allah SWT.

Pada Hari Raya Aidil Adha juga, umat Islam menunaikan ibadah haji di sekitar tanah suci Mekah dari 9 hingga 13 Zulhijah.

Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah SWT) di Mekah untuk beribadat manasik (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

Sumber: OnTrenz

Perkara sunat buat mereka yang lakukan ibadah korban

Kos untuk mengerjakan ibadah haji mengikut pakej swasta agak tinggi iaitu sekitar RM50,000 hingga RM270,000 untuk seorang.

BACA JUGA: Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang

Berikutan itu, ada yang mengambil keputusan untuk hanya melakukan ibadah korban dengan pembahagian daging haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing.

Sumber: Selangorkini

Kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan ibadah korban, antara perkara sunat yang digalakkan adalah dengan tidak memotong kuku, rambut atau mana-mana anggota badan mulai 1 Zulhijjah sehingga selesai ibadah korbannya.

Menurut hadis riwayat Imam Muslim:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Namun ada segelintir ulama’ memahami hadis ini dengan mengatakan haram untuk memotong rambut dan kuku serta mencabut bulu-bulu pada badan.

Manakala al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Sumber: Majlis Ulama ISMA

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa pendapat daripada para ulama’, dapat disimpulkan bahawa mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

Para ulama berpendapat bahawa perkara ini dilakukan dengan hikmah agar kesemua anggota badan dibebaskan daripada api neraka.

Ada pendapat yang lemah menyatakan amalan ini adalah untuk menyerupai mereka yang berada dalam keadaaan ihram yang diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. 

BACA JUGA: 2 Beradik Tunai Haji Pada Usia Muda Lepas Ibu Simpan Dalam Tabung Haji Sejak Bayi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd