Now Reading
Kadar Kebolehjangkitan Di Selangor & WP Kuala Lumpur Kini Menurun – Dr Noor Hisham

Kadar Kebolehjangkitan Di Selangor & WP Kuala Lumpur Kini Menurun – Dr Noor Hisham

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti daripada satu kes positif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian semalam (23 Ogos) terus menunjukkan penurunan dua hari berturut-turut kepada 1.01.

Menurut laporan, ini juga susulan jumlah kes yang menurun iaitu sebanyak 17,672 dalam masa sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Rt Covid-19 di negara ini mula menunjukkan trend penurunan sejak Isnin iaitu 1.03 dengan 19,807 kes direkodkan selepas berada pada tahap statik pada 1.04 sejak Rabu hingga Ahad lalu.

Dalam perkongsian di Twitter Dr Noor Hisham menjelaskan berdasarkan pecahan negeri, Sarawak merekodkan Rt tertinggi iaitu 1.26 diikuti Perlis 1.25 dan Sabah 1.19.

Bagaimanapun, bagi negeri yang sering mendahului kes dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi iaitu Selangor dan WP Kuala Lumpur merekodkan Rt terendah iaitu: Kuala Lumpur (0.90) dan Selangor (0.96).

Data di bawah direkodkan setakat 23 Ogos 2021.

Bacaan Rt di negeri lain ialah:

  • Pulau Pinang (1.14)
  • Johor (1.05)
  • Kelantan (1.10)
  • Melaka (1.05)
  • Putrajaya (0.81)
  • Negeri Sembilan (0.85)
  • Kedah (1.08)
  • Pahang (1.01)
  • Perak (1.06)
  • Terengganu (1.03)

Labuan pula tidak merekodkan Rt dengan hanya tujuh kes direkodkan pada 23 Ogos 2021.

Untuk pengetahuan umum, jumlah Rt tertinggi yang pernah direkodkan negara ialah 1.16 pada 28 Julai 2021. Manakala, Rt terendah pernah dicatatkan pada 0.81 pada 3 Mac 2021.

Berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian Covid-19 yang dikongsi Dr Noor Hisham, Rt boleh melonjak melebihi 1.2 dengan kes mencecah 22,000 jika berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Nota: Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti daripada satu kes positif. Contohnya, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd