Now Reading
Bekas Menteri Wilayah Cetus Kontroversi Lawat Gerai Tanpa Mask, Promosi Peniaga Tanpa Lesen

Bekas Menteri Wilayah Cetus Kontroversi Lawat Gerai Tanpa Mask, Promosi Peniaga Tanpa Lesen

Beliau dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengunjungi gerai berdekatan rumahnya untuk membeli Nasi Tumpang dan kuih Lompat Tikam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini telah tular satu isu selepas perkongsian melalui tweet oleh seorang ahli politik iaitu Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen UMNO Ketereh dan juga Bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Melalui perkongsian tweet kira-kira tiga jam yang lalu, Annuar dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengunjungi satu gerai berdekatan kediamannya.

Berita terbaik dan di nanti nantikan pagi ini….saya terjumpa warung menjual NASI BERLAUK AIR DINGIN berhampiran rumah saya di KL!!!..bukan itu saja,malah ada NASI TUMPANG dan kueh LOMPAT TIKAM!!!!….. Penjualnya tak ada lesen..Pohon DBKL jangan tangkap.ha ha.nanti putus supply.

Tan Sri Annuar Musa melalui perkongsian Twitter.

Perkara tersebut turut meraih perhatian orang ramai yang cukup marah dengan tindakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Cetus kontroversi di MEDSOS

Apa yang membuatkan perkara itu mencetuskan kontroversi apabila beliau turut mempromosikan peniaga gerai tersebut yang tidak mempunyai lesen untuk berniaga.

Malah, beliau turut menggesa pihak DBKL untuk tidak menangkap peniaga tersebut, ataupun beliau akan kehilangan ‘supply’ makanan kegemarannya itu.

Dan apa lagi, netizen berang dan menyuarakan pendapat mereka mengenai isu tersebut.

Melalui tinjauan di media sosial, ramai juga netizen yang kecewa dengan tindakan bekas menteri seperti ini.

PSA: Pelitup muka perlu dipakai di mana-mana sahaja anda berada terutamanya di tempat awam, tempat sesak, dan tempat tertutup.

NOTA: Tweet asal tersebut telah dipadam oleh Annuar Musa setelah artikel ini disiarkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd