Now Reading
[Terkini] Dine-In & Kemudahan Tambahan Lain Dibenarkan Bagi Negeri Di Fasa 1 PPN & Seterusnya

[Terkini] Dine-In & Kemudahan Tambahan Lain Dibenarkan Bagi Negeri Di Fasa 1 PPN & Seterusnya

Kesemua kemudahan yang diumumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada Jumaat, 20 Ogos 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tan Sri Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Namun, penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Menurut Mahiaddin, beliau hari ini telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincang dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluaskan lagi kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sidang Khas MKN pada hari ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Setiausaha dari setiap Kementerian, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah MKN, Ketua Pengarah Imigresen dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang berkenaan.

Kredit: Facebook/Muhyiddin

Jelas beliau lagi, pertimbangan yang dibuat pada hari ini mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50%.

Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya).

Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40%.

Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik.

Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun.

Situasi ini dilihat selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang yang memberangsangkan iaitu 73.8%.

Apabila liputan imunisasi meningkat, kita akan melihat kes-kes Covid-19 yang perlu dimasukan ke ICU mula menunjukkan trend mendatar and diharapkan akan menurun.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin melalui kenyataan Facebook miliknya.

Kemudahan tambahan yang dibenarkan:

  • Aktiviti dine-in bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya
  • Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
  • Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu

Kesemua kemudahan yang diumumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada Jumaat, 20 Ogos 2021.

Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang diumumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd