Now Reading
[Foto] Kompilasi Warga Perlis Dine-in Buat Warganet ‘Tersakiti’

[Foto] Kompilasi Warga Perlis Dine-in Buat Warganet ‘Tersakiti’

Mampu tengok dan doa dari jauh je nampaknya. 🙁

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sudah mula beralih ke Fasa 3 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam (4 Ogos 2021).

Peralihan fasa tersebut diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selepas penelitian perkembangan semasa PPN yang dibentangkan Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut laporan, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang pernah dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan dalam Fasa 3 PPN.

Antaranya adalah semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti pub dan kelab malam.

Semestinya, yang paling dinanti-nantikan adalah makan di restoran dibenarkan terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal bagi tempoh tersebut.

Warganet mula kongsi momen dine-in di Perlis.

🙁

Bermula semalam, media sosial dibanjiri oleh rakyat Perlis yang mulai berkongsikan momen di mana mereka sudah mula dine-in di restoran dan kedai makan di negeri tersebut.

Jealous betul. Tapi apakan daya, masih belum mampu tandingi rakyat Perlis.

Tapi apa pun, buat warga Perlis – syabas dan terus ikuti SOP yang diberikan okay. Nanti giliran kami pula menyusul.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd