Now Reading
Watsons Beri Kotak Penjagaan #KITASAYANGKITA Buat Mereka Yang Memerlukan

Watsons Beri Kotak Penjagaan #KITASAYANGKITA Buat Mereka Yang Memerlukan

Watsons Malaysia juga telah mendermakan barangan keperluan asas & makanan seperti topeng muka perubatan, hand sanitisers, ubat gigi, kurma dan banyak lagi kepada 16 rumah warga tua di sekitar Lembah Klang.

Press Releases

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dengan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, gerakan “Bendera Putih” oleh rakyat telah muncul di mana rakyat Malaysia yang memerlukan makanan dan barangan keperluan menerbangkan bendera putih di luar kediaman mereka untuk mendapatkan bantuan.

Watsons mengambil langkah untuk menyokong dan menyediakan kotak penjagaan #KitaSayangKita kepada sesiapa sahaja yang memerlukan ketika ini. Pada masa yang sukar ini, kami ingin memberi kembali kepada masyarakat dengan menyediakan barangan keperluan seperti syampu, gel mandian, ubat gigi, berus gigi, hand sanitiser dan topeng muka.

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Orang ramai boleh membantu dengan mengisi borang dalam pautan di sini jika mereka melihat sesiapa yang menaikkan bendera putih di luar rumah mereka atau mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan dan pihak Watsons akan menghantar barangan tersebut dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Kami berharap melalui sokongan ini kami dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan bantuan dan akan terus mendekati masyarakat kami untuk memberi bantuan kepada mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Selain itu, Watsons Malaysia juga telah mendermakan barangan keperluan asas & makanan seperti topeng muka perubatan, hand sanitisers, ubat gigi, kurma dan banyak lagi kepada enam belas rumah warga tua di sekitar Lembah Klang dengan harapan ianya akan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan hari-hari mereka.

Caryn menambah, “Dengan lonjakan kes COVID-19 yang membimbangkan, Watsons mesti terus memainkan peranan kami dalam mendidik, meningkatkan kesedaran dan menyediakan barangan keperluan kepada orang ramai ketika negara terus berjuang dengan pandemik ini.”

Kredit: Watsons Malaysia

Dalam menyokong seruan kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi demi mencapai kekebalan kawanan, Watsons akan memberikan topeng muka KF94 percuma dan baucar jenama Watsons bernilai RM8 kepada mereka yang telah menerima suntikan vaksin atau telah mendaftar untuk vaksin.

Pelanggan yang layak boleh membuat tuntutan di cawangan Watsons terpilih mulai 10 Julai dan dengan menunjukkan halaman janji temu MySejahtera.

Bagi tips kesihatan dan promosi produk penjagaan kesihatan, lawati www.watsons.com.my/promo-essentials


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd