Ini Antara Ahli Politik Yang Membantah Gerakan #BenderaPutih
Cadangan angkat bendera putih ini adalah bagi mereka yang mempunyai kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera dan mudah tanpa ikut birokrasi terbuka kepada siapa yang nak membantu dari kalangan rakyat Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bayangkan, ada sesetengah pihak tak mahu orang lain hulurkan bantuan gara-gara diri sendiri tak ingin nampak ‘buruk’ sebab tak menolong.
Rakyat Malaysia telah bersatu padu serta saling membantu dengan mengadakan gerakan Bendera Putih bagi menunjukkan solidariti untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
BACA JUGA: Ini Senarai Organisasi Untuk Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan #KitaJagaKita
Mereka yang terkesan hanya perlu menaikkan bendera putih di rumah dan bantuan bakal sampai tidak lama selepas itu.
Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang menentang gerakan tersebut dan mengatakan bahawa ianya ‘propaganda politik’. Malah, sehinggakan menyuruh rakyat Malaysia menolak bantuan dan hanya berdoa kepada Tuhan sahaja.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

(Kredit: FMT)
Anda tak perlu menaikkan bendera putih.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menggesa konstituennya untuk menghubungi diriya dan mengatakan bahawa cukup dengan memberitahunya tentang keadaan mereka dan turut menyatakan bahawa adalah tugasnya untuk menghantar bantuan ketika mereka memerlukan.
Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz

(Kredit: Facebook)
Jangan menyerah pada cabaran ini dengan mengajar orang untuk menaikkan bendera putih.
Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz
Ahli Parlimen ini menyarankan agar orang ramai harus menyerahkan diri kepada Tuhan dan berdoa sahaja.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

(Kredit: Facebook)
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menolak gerakan bendera putih sebagai ‘propaganda politik’ dan mengatakan bahawa kerajaan Kedah tidak akan memberikan pertolongan bagi mereka yang menaikkan bendera putih. Sebaliknya, dia mengatakan hanya mereka yang mengemukakan permintaan pertolongan melalui telefon ke saluran rasmi Pusat Operasi Kawalan Bencana (PKOB) sahaja akan diberi bantuan.
Kami telah mengedarkan nombor PKOB untuk semua daerah dan nombor untuk pusat khidmat wakil rakyat agar orang ramai meminta bantuan makanan. Anda tidak perlu menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan PKOB apabila anda boleh menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Facebook.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melalui Utusan Malaysia.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengecam penentangan mereka terhadap kempen tersebut dan tampil mengatakan bahawa dia baru-baru ini menemui seorang ibu tunggal yang mengibarkan bendera putih.
Di Muar hari ni saya jumpa seorang Ibu Tunggal yang kibarkan bendera putih. Kerana MCO, berbulan anak anak tak boleh balik. Dia orang susah. Nak survive sampai minggu depan pun susah sebab barang dapur dah habis & duit takda. Ini BUKAN PROPAGANDA. Help them, dont insult!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq
Di Muar hari ni saya jumpa seorang Ibu Tunggal yang kibarkan bendera putih.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 1, 2021
Kerana MCO, berbulan anak anak tak boleh balik.
Dia orang susah. Nak survive sampai minggu depan pun susah sebab barang dapur dah habis & duit takda.
Ini BUKAN PROPAGANDA.
Help them, dont insult! pic.twitter.com/mT8lOHr5mc
Terdapat sebilangan pihak yang percaya bahawa gerakan itu adalah propaganda politik kerana ianya menunjukkan kegagalan kerajaan untuk menolong rakyat dengan menggunakan hashtag #KerajaanGagal bersama dengan hashtag #BenderaPutih atau #WhiteFlag.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.