Now Reading
[VIDEO] McDonald Singapura ‘Dedah’ Cerita Sedih Rakyat Malaysia Sambut Puasa Tanpa Keluarga

[VIDEO] McDonald Singapura ‘Dedah’ Cerita Sedih Rakyat Malaysia Sambut Puasa Tanpa Keluarga

Video berdurasi 2:48 itu telah dimuat naik di akaun McDonald Singapore @mcdsg di Instagram dan telah berjaya meraih lebih 500 ribu tontonan setakat ini.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum, kerajaan Malaysia masih menunggu ‘lampu hijau’ untuk pembukaan sempadan Malaysia-Singapura selepas ianya ditutup pada awal tahun lalu. Oleh disebabkan itu, segelintir rakyat Malaysia tidak berjaya untuk pulang ke tanah air dan masih berada di Singapura pada ketika ini.

Kredit: Harian Metro

Baru-baru ini, pihak McDonald Singapura telah mengeluarkan klip video menyayat hati

Video tersebut merupakan penceritaan di mana segelintir rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura masih belum dapat bertemu dengan keluarga tercinta selama lebih setahun.

Video berdurasi 2:48 itu telah dimuat naik di akaun McDonald Singapore @mcdsg di Instagram dan telah berjaya meraih lebih 500 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.

P/S: Sebelum tengok, sediakan tisu dulu. Jangan kata kami tak ‘warning’. 🙁

Tonton video penuh di bawah:

McDonald’s My Happy Table

Tak dapat berbuka puasa semeja dengan keluarga

Menurut seorang pekerja McDonald di Singapura yang merupakan warganegara Malaysia iaitu Samsuri, Ramadan tahun ini adalah sangat berbeza buat dirinya kerana tidak dapat menyambutnya dengan isteri, anak dan keluarga tersayang di Malaysia selepas penutupan sempadan Singapura-Malaysia pada tahun lalu.

Dia juga pernah terfikir untuk pulang ke Malaysia ketika keluarganya ditimpa musibah, contohnya ketika ayah diserang strok, rumah banjir dan banyak lagi. Namun, dia masih kuat kerana memikirkan komitmen yang perlu ditanggung.

Ada juga rakan-rakan lain yang dikatakan senasib dengannya di sana. Dengan itu, mereka hanya mampu untuk saling menasihati antara satu sama lain untuk kekal tabah menghadapi hari-hari mendatang walaupun hati masing-masing amat merindui keluarga.

McDonald buat ‘setup’ meja makan ‘virtual’ untuk keluarga berkumpul

Momen paling sedih apabila pihak McDonald tampil dengan idea bernas di mana mereka melakukan ‘setup’ seolah-olah keluarga dari Malaysia ada bersama mereka untuk berbuka puasa.

Sebak habis bila tengok.

Apa pun, kami harap semoga keluarga mereka diberikan kekuatan untuk menunggu kepulangan anak/suami tersayang.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

five × 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd