Now Reading
Remaja Hidap Penyakit ‘Otak Cinta’, Sanggup Hubungi Teman Lelaki Lebih 100 Kali Sehari

Remaja Hidap Penyakit ‘Otak Cinta’, Sanggup Hubungi Teman Lelaki Lebih 100 Kali Sehari

Seorang remaja perempuan di China dikenali sebagai Xiaoyu bertindak menghubungi pasangan lebih dari 100 kali selepas lelaki itu mengabaikan panggilannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasaan suka terhadap seseorang adalah satu lumrah buat setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini.

Mungkin bagi sesetengah individu, pasangan itulah yang memberi keselesaan dan menceriakan hari-hari mereka.

Namun begitu, setiap hubungan pasti ada had dan masa rehatnya yang sendiri. Agak tidak munasabah untuk setiap orang yang bercinta ‘berkepit’ sepanjang masa.


Remaja Taksub Dengan Teman Lelaki Sehingga Sakit Mental

Padah terlalu mencintai pasangan, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di China mengalami masalah kesihatan mental selepas bertindak menghubungi teman lelakinya lebih dari 100 kali dalam masa sehari. Untuk makluman, penyakit yang dialami oleh remaja tersebut dikenali sebagai ‘otak cinta’ atau dalam Bahasa Inggeris Love Brain.

Perempuan dikenali sebagai Xiaoyu yang berasal dari wilayah Sichuan, barat daya China mengakui terlalu obses dengan pasangannya sehingga memudaratkan kesihatan mental.

Sumber: Pexels

Menurut pakar di The Fourth People’s Hospital of Chengdu Dr Du Na, kelakuan Xiaoyu dilihat semakin aneh apabila mula melanjutkan pengajian tinggi di universiti.

Difahamkan, remaja perempuan tersebut menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki sewaktu dia berada dalam tahun pertama pengajian.


Teman Lelaki Rimas Xiaoyu Mahu Sentiasa Bersama

Pun begitu, si teman lelaki mengakui dirinya semakin rimas apabila Xiaoyu selalu meminta untuk ditemani pada setiap waktu. Bukan itu sahaja, remaja tersebut turut meminta lelaki berkenaan untuk memaklumkan tentang keberadaannya sepanjang masa.

Dalam pada itu, ketaksuban Xiaoyu juga terserlah apabila dia mahu teman lelakinya menjawab segala mesej diterima pada setiap masa tanpa mengira waktu malam atau siang.

Dia turut meminta teman lelakinya agar segera membalas mesej selain menggesa menghidupkan kamera WeChat.

Dr Du Na.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Kecewa Cinta Tak Berbalas, Pelajar China Hantar Sekilo Daging Babi Kepada Wanita Muslim Di UK


Hubungi Teman Lelaki Lebih 100 Kali Dalam Sehari

Hubungan di antara kedua-dua individu tersebut bertambah teruk apabila Xiaoyu berkeras menghubungi teman lelaki lebih daripada 100 kali dalam tempoh masa sehari selagi mana panggilannya tidak terjawab.

Sifat obses itu jelas kelihatan lebih-lebih lagi selepas remaja berkenaan bertindak membaling semua objek yang dilihat dalam rumah yang didiami oleh mereka sehingga pecah berkecai.

Hal ini kerana Xiaoyu berasa berang dan marah dengan pasangan yang mengabaikan panggilan telefon, lapor South China Morning Post.


Xiaoyu Ugut Mahu Terjun Dari Balkoni

Tindakan agresif teman wanita membuatkan lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan apabila remaja perempuan itu mengugut pihak polis yang tiba ke rumah dengan mengatakan dia akan terjun dari balkoni apartment.

Selepas pihak polis berjaya menangkap Xiaoyu, dia kemudian dikejarkan ke hospital dan didiagnos mengalami gangguan personaliti pinggiran atau ‘otak cinta’.

Jelas Dr Du, keadaan yang dialami oleh teman wanita tersebut berkemungkinan boleh mendorong penyakit lain sebagai contoh kemurungan, gangguan personaliti dan keresahan.

Sumber: Pexels

Hubungan Tidak Baik Bersama Ibu Bapa Mungkin Puncanya

Dr Du bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kepada masalah ‘otak cinta’ tersebut tetapi berkata gejala yang ditemui boleh berpunca akibat hubungan tidak baik bersama ibu bapa semasa zaman kanak-kanak.

Sumber: Pexels

Beliau dalam masa sama menegaskan golongan yang mempunyai gejala ringan boleh pulih dengan sendiri sekiranya mereka belajar mengurus dan mengawal emosi mereka.

Manakala mereka yang diihat mempunyai simptom teruk memerlukan bantuan ubatan untuk kembali normal.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd